Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terurai 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ionizationpengionanKimiaBiokimia1. Pemecahan satu molekul kepada dua ion atau lebih apabila terurai di dalam air. 2. Pembentukan kumpulan bercas di dalam molekul sama ada melalui penyekutuan atau penguraian kumpulan, dan biasanya melibatkan proton. 3. Pembentukan pasangan ion sama ada oleh zarah pengion atau medan elektrostatik yang kuat.
electrolyteelektrolitKimiaTiada1. Sebatian kimia, sama ada leburan atau larutan, yang mengalirkan arus elektrik dan terurai oleh arus tersebut.
rubidiumrubidiumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol Rb, nombor atom 37, berat atom 85.47, nombor pengoksidaan +1, takat lebur 39°C, takat didih 688°C, berbentuk pepejal lembut berwarna perak, larut di dalam asid dan alkohol, terurai di dalam air, sangat reaktif, mudah terbakar dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu RB-85 fan Rb-87. Sumber semula jadi rubidium ialah bijih lepidolit. Unsur ini dihasilkan secara penurunan rubidium klorida oleh kalsium atau secara elektrolisis rubidium klorida atau sianida lakur. Rubidium digunakan untuk membuat fotosel dan sebagai mangkin.
vesselveselBiologiHistologi dan Sitologi1 Salur berdinding nyata yang melalui cecair seperti darah, limfa, sap dan sebagainya mengalir. 2 Tiub yang terbentuk daripada tumpukan pelbagai sel dan dinding bersamanya berliang-liang atau terurai sepenuhnya, seperti vesel xilem.
sodiumnatriumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol Na, nombor atom 11, berat atom 22.9898, nombor pengokdisaan +1, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, berbentuk pepejal lembut, berwarna putih, kaustik, mudah teroksida di dalam udara, sangat reaktif, merupakan konduktor elektrik yang baik dan terurai di dalam air untuk membentuk natrium hidroksida. NaOH, dan membebaskan hidrogen. Unsur ini diperoleh secara elektrolisis campuran terlakur natrium klorida dengan kalsium klorida. Natrium digunakan untuk menyediakan natrium hidrida, natrium peroksida dan digunakan juga sebagai mangkin pempolimeran, bahan uji dan bahan pendingin dalam reaktor nuklear.
persistenceketekalanBiologiPatologi1. Sifat, dalam hal ini virus yang memerlukan masa yang lama di dalam vektor, sebelum virus tersebut boleh ditularkan ke tumbuhan sihat untuk melakukan jangkitan. 2. Sifat, dalam hal ini bahan (biasanya pastisid) yang tahan lama beradadalam keadaan aktif (tidak terurai) di alam.
non-persistenttak kekalBiologiPatologi1. Sifat virus yang boleh ditularkan ke tumbuhan sihat dan berupaya menyebabkan penyakit serta-merta atau beberapa jam sahaja setelah diperoleh daripada tumbuhan sakit oleh vektor. 2. Sifat ramuan aktif pestisid yang tidak tahan lama setelah digunakan kerana ia mudah terurai oleh bagai-bagai faktor, misalnya cuaca, biologi dan lain-lain lagi. bd. tekal.
persistenttekalBiologiPatologi1. Sifat virus yang boleh ditularkan ke tumbuhan sihat dan berupaya menyebabkan penyakit setelah berada dalam jangka masa yang lama (lebih daripada satu minggu) di dalam tubuh vektor. Biasanya virus tersebut membiak terlebih dahulu di dalam tubuh vektor tersebut. 2. Sifat ramuan aktif pestisid yang tahan lama setelah digunakan kerana ia tidak mudah terurai di alam. bd. tak tekal.
promazine hydrochloridepromazina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C17H20N2S.HCI; nama dagang, Promwill, Promanyl. Hablur putih, terurai pada 181�C, larut dalam air, etanol dan kloroform, tak larut dalam eter dan benzena. Bahan kimia sintetik yang digunakan sebagai antiemetik, antipsikotik, dan potensiator ubat analgesik dan hipnotik. Bahan ini toksik kerana boleh menyebabkan diskrasia darah, kesan pada sistem saraf pusat, konvulsi dan kerosakan hati. Dalam plasma, dos terapeutik ialah 0.01 mg/L-0.05 mg/L dan dos toksik ialah 1 mg/L. Dos maut ialah 5 mg/L.

Kembali ke atas