Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rus] | تروس

Definisi : 1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia ~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (ber­jalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3. tidak putus-putusnya, berkepan­jangan, berlarut-larut, selalu: negeri ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus: ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera, lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6. tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga bebe­rapa lembaga atau perbadanan ...; 7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran); ~ mata (pelihatan, pandang) dapat menge­tahui apa yg tersembunyi (yg akan terjadi); seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjut­nya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyua­rat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh dr per­mulaan, lanjut, terus: maka dilihat Ben­dahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit; terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn per­antaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; meneruskan 1. menembuskan, melantas­kan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ per­jalan­an mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; terusan 1. sungai buatan dll yg meng­hubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sam­bungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; keberterusan perihal (keadaan yg) ber­terusan: hasrat terhadap ~ dlm hubungan antara negara; penerusan perihal (perbuatan dsb) mene­ruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rus] | تروس

Definisi : 1 tidak singgah atau tidak berhenti di mana-mana: Kapal terbang yg kami tumpangi itu terbang ~ ke London. 2 tidak berlengah-lengah atau tidak bertangguh lagi; langsung; lalu: Se­sampai di kampung, aku ~ pergi ke rumah datuk penghulu. 3 tidak henti-henti; tidak putus-putus (ttg peperangan dll): Pertempuran sengit ~ menghebat hingga jauh malam. berterusan berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. terus-menerus 1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini. menerusi dgn perantaraan; me­lalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. meneruskan menyam­bung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya, pengembara-pengem­bara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. terusan sungai buatan yg menyambungkan dua buah lautan (biasanya utk pelayaran): ~ Panama; ~ Suez. keterusan keadaan atau hal terus. penerusan perbuatan atau hal meneruskan; penyambungan; pe­lanjutan. penerus orang yg meneruskan: ~ warisan bangsa. seterusnya 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Puisi
 

Dari Pak terus ke Medan,
     Membawa kerepek emping padi;
Sungguh celaka nasib badan,
     Inai tempek nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Dengan kartu terbuka.

Bermaksud :

Dengan terus terang.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
direct conversionpenukaran langsung; penukaran terus; pengubahan terus; peralihan terusTeknologi MaklumatTiadaPeralihan terus: Sistem yang baru dilaksanakan dan terus mengambil alih sistem yang lama.
direct conversionpenukaran langsung; penukaran terus; pengubahan terusKejuruteraanTiadaTiada
direct conversionpenukaran langsung; penukaran terus; pengubahan terusKimiaTiadaTiada
tebuk terustebuk terusKesenianTiadaTeknik tebuk yang menembusi ruang pada tanah ukir.
interactioninteraksi; saling tindakKejuruteraanTiadaKesan secara terus atau tidak terus sesuatu peranti atau sistem terhadap peranti atau sistem lain.
direct coupled amplifieramplifier gandingan terusFizikModenAmplifier arus terus yang perintangnya atau sambungan terusnya memberikan gandingan antara tahap-tahap, dan dengan itu perubahan kecil pada arus terus dapat dikuatkan.
special nuclear materialbahan nuklear khasKejuruteraanTiadaBahan yang boleh digunakan secara terus atau tidak terus sebagai bahan letupan nuklear.
direct-current instrumentalatan arus terusTeknikElektrikperanti pengukur nilai elektrik yang dikendalikan dengan menggunakan bekalan arus terus. misalnya, meter ampere arus terus.
ion dosedos ionKejuruteraanTiadaDos yang terhasil daripada sinar x dan sinar gama secara terus atau tidak terus yang sama dengan cas elektrik yang terhasil daripada ion-ion yang terbentuk dalam isi padu dibahagi dengan jisim udara isi padu berkenaan.
magnetic amplifierpenguat bermagnetTeknikElektrikPeranti yang mengawal voltan keluaran dengan menggunakan pengubah kawalan voltan arus terus. Apabila voltan arus terus ini diubah, kekuatan arus litar yang terkawal itu meningkat atau mengurang. Dengan itu, voltan keluaran juga turut terkawal. Penguat bermagnet digunakan, contohnya, di dalam litar penstabil voltan.
12345678910...

Kembali ke atas