Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rus.me.ne.rus] | تروس-منروس

Definisi : 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rus.me.ne.rus] | تروس-منروس

Definisi : 1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Peribahasa

Destar habis,
     kopiah luluh.

Bermaksud :

Menderita kemalangan terus-menerus.

 

Lihat selanjutnya...(3)