Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rus.me.ne.rus] | تروس-منروس

Definisi : 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rus.me.ne.rus] | تروس-منروس

Definisi : 1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Peribahasa

Destar habis,
     kopiah luluh.

Bermaksud :

Menderita kemalangan terus-menerus.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
monitor1. alat utk mengawasi dan merakam­kan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu ke­mungkinan yg tidak baik; 2. peti (spt peti tele­visyen) yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer, unit paparan video; memonitor mengawasi serta merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik; pemonitoran perihal (perbuatan) memo­nitor.Kamus Dewan Edisi Keempat
henti; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus; sehenti mempunyai atau menyediakan pel­bagai perkhidmatan atau barangan yg ber­kaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; berhenti-henti tidak terus-menerus, terpu­tus-putus; memberhentikan 1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama; pemberhentian perihal atau perbuatan mem­berhentikan (diberhentikan), pemecat­an: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; menghentikan, memperhenti­kan mem­ber­henti­kan; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; ~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn meng­halang aliran udara di glotis yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya; penghentian hal atau perbuatan meng­henti­kan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
terus-menerus1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terus-menerus2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh Televisyen Malaysia pd malam ini.Kamus Pelajar
terus-menerus1 tidak berhenti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? Kamus Pelajar
mencecarterus-menerus memukuli (menanyai dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
berpanjanganberlaku terus-menerus; tidak ada sudahnya; berterusan: Pergaduhan antara dua kumpulan orang Cina itu berlaku ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlarut-larutterus-menerus (ttg sesuatu keadaan, kejadian dsb); berlarat-larat; berpanjang-panjang: Perbualan mereka ~ sampai jauh malam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlarat-laratterus-menerus (ttg sesuatu kejadian, keadaan dsb); berlarut-larut; berlanjut-lanjut: Mesyuarat tsb telah berlangsung ~ dr pagi hingga malam..Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkelantasanark terus-menerus (tidak berantaraan).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas