Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.ta.ma]/[ter.u.ta.ma] | تراوتام

Definisi : 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.ta.ma]/[ter.u.ta.ma] | تراوتام

Definisi : 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,

Peribahasa

Bagai tuman makan anak.

Bermaksud :

Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = sebangsa ikan sungai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah wajib 'nya' selepas perkataan 'terutama'? Contoh, terutama'nya'.

  Perkataan bagi terutama dan terutamanya betul dan boleh digunakan.

Ejaan15.01.2021
Slm, Soalan: Kes keracunan makanan terutama/terutamanya di sekolah.... (Penggunaan yang betul adalah terutama atau terutamanya?)Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Lain-lain28.10.2010
Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen

Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui

kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i.   Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978.

                                                         ii.   Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975.

                                                         iii.  Di Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984.

                                                         iv.  Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan

                                                          v.  Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Lain-lain29.02.2008
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya.Salam sejahtera,

Tuan,

Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat.

Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.12.2017
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali".  Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
Istilah21.03.2017
Panduan ejaan yang tepat terutama kata majmuk.kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa08.04.2010
Salam sejahtera, Dalam penulisan dialog, terutama sekali yang berakhir dengan tanda baca seperti tanda soal, tanda seru dan sebagainya, adakah perkataan selepas perlu ditulis dengan huruf kecil atau besar? Contoh: "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" itu adakah perlu dieja huruf kecil atau besar dan apakah sebabnya? Terima kasih.Ayat "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" perlu dieja huruf kecil kerana adanya tanda petik selepas tanda soal dalam ayat tersebut. Tatabahasa28.07.2022
.... mengatakan di sekolah-sekolah campuran, terutama dari / daripada usia 12 ke atas, pelajar perempuan kurang diberikan peluang....Dalam frasa di atas, penggunaan perkataan yang betul ialah daripada.Tatabahasa01.11.2011
Bagaimana nak mencari terjemahan istilah? terutama istilah saintifik dalam bidang biologi bioteknologi farmaseutikalSila gunakan carian kata dalam Khidmat Nasihat Bahasa dengan melayari Laman Web DBP .Lain-lain04.04.2008
Yang manakah ucapan selamat yang betul terutama untuk diucapkan dalam majlis yang berlangsung pada waktu malam, selamat malam atau selamat petang? Terima kasih.

Majlis pada waktu malam diucapkan selamat malam, iaitu antara pukul 7.00 hingga 11.59 malam, manakala majlis pada watu petang, antara pukul 2.00 hingga 6.59 petang, diucapkan selamat petang.

Tatabahasa07.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas