Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.ta.ma]/[ter.u.ta.ma] | تراوتام

Definisi : 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.ta.ma]/[ter.u.ta.ma] | تراوتام

Definisi : 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,

Peribahasa

Bagai tuman makan anak.

Bermaksud :

Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = sebangsa ikan sungai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
sedar bahawa kamus terbitan DBP menjadi rujukan paling berautoriti bagi semua lapisan masyarakat, khususnya di Malaysia. Saya percaya kamus ini sangat ditunggu-tunggu oleh pelajar bahasa Thai dan bahasa Melayu, terutama pelajar berketurunan Melayu di Thailand yang ingin menjejaki dan meningkatkan penguasaan bahasa ibunda mereka. Mudah-mudahan kamus ini dapat memenuhi hasrat tersebut. Saya sangat berbangga kerana kamus ini merupakan kamus

Kembali ke atas