Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat.

1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan.

 

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi.
Tatabahasa20.08.2022
Apakah kesaahan dalam ayat-ayat berikut: 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Ikan paus menggunakan udara dari peparunya untuk bernafas. 3. Orang tua itu terjatuh dari basikalnya.1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. - Tidak ada dialek yang standard kerana dialek dituturkan dalam kawasan/kumpulan tertentu sahaja. Ayat terlalu panjang dan ttidak menggunakan tanda baca atau kata hubung yang betul.
Ayat kedua dan ketiga betul.
Tatabahasa10.03.2013
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2)Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3)Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian.Perkataan yang bergaris mengandungi kesalahan ejaan/tatabahasa.
1) Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu.
2) Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali.
3) Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian.
Tatabahasa01.04.2014
Saya ingin bertanya maksud perkataan berikut dan contoh penggunaannya : 1) Graduat 2) Graduan Kedua-duanya kerap digunakan, terutama di majlis konvokesyen. Terima kasih.

Encik Azahan,

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat . Oleh itu, penggunaan  bahasa Melayu yang baku dalam majlis konvokesyen sepatutnya ialah graduan yang merujuk mahasiswa yang akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen.

Tatabahasa04.03.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak tanya: 1) Adakah DBP menyediakan perkhidmatan atau pendaftaran sebagai pembekal (vendor) kepada syarikat luar terutama syarikat yang juga menerbitkan buku? 2) Bagaimanakah syarikat kami ingin menerbitkan buku dibawah penerbitan DBP dan apakah prosedur? Terima kasihSalam sejahtera,

Perkhidmatan atau pendaftaran sebagai pembekal.

Untuk makluman, Syarikat mestilah berdaftar dgn Dewan Bahasa dan Pustaka  terlebih dahulu. Borang pendaftaran syarikat mestilah dilengkapkan dengan mengemukakan beberapa salinan dokumen yang diperlukan. Borang pendaftaran hanya boleh diambil oleh wakil syarikat yang sah sahaja di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka 50460 Kuala Lumpur. 

Sekian.
Lain-lain16.02.2021
apakah maksud 'juragan'Maksud juragan merujuk Kamus Dewan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik).Makna12.12.2006
1. Apakah perbezaan biro kebajikan dan badan kebajikan? 2. Perbezaan persatuan dan pertubuhan?Berikut adalah perbezaan dari segi makna perkataan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Perbezaan biro dan badan
 i. Biro: Jabatan atau agensi (terutama yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai)
ii. Badan: Kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu.
       Agensi, pertubuhan.

2. Perbezaan persatuan dan pertubuhan.
i. Persatuan: Gabungan, ikatan, kumpulan.
ii. Pertubuhan: Badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.
Makna15.01.2021
SALAM.Saya sedang membuat tesis isu sosial dlm DM. 1.Berapakah jumlah cerpen dalam setahun? 2.Bagaimanakah pemilihan cerpen dibuat? 3.Berapakah harga setiap cerpen? 4.Berapakah jumlah jualan Dewan Masyrakat setahun?terutama 2005-2006? tqUntuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat. Walau bagaimanapun, cerpen yang dikeluarkan pada tahun 2005 ialah sejumlah 12 cerpen bagi tempoh setahun dan pemilihan cerpen dibuatkan berdasarkan kualiti dan tema majalah DM. Tuan bolehlah menghubungi Encik Shukri Arif, mantan editor Dewan Masyarakat  melalui e-mel. shukri_m@dbp.gov.my untuk maklumat selanjutnya.Lain-lain01.04.2012
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih.1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu.
2. Ayat ini betul.
3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa.
4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota.
5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain.
6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik.
7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar.
8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul.
Tatabahasa27.02.2013
Salam, A. inginkan pengesahan ejaan berikut sama ada ditulis rapat atau jarak. 1.mengemaskini, 2.kemas kini, 3 mengubahsuai. B. Apa beza maksud 'pernyataan' dan 'penyataan'. Bila ia sesuai digunakan (terutama dalam soalan). Cthnya... 'dari pernyataan/penyataan berikut, nyatakan manakah yang benar?'1.mengemaskini = mengemas kini
 2.kemas kini= kemas kini
 3 mengubahsuai= mengubah suai
 

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media.

Penyataan
pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain).
Tatabahasa31.10.2012
12345

Kembali ke atas