Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.sau.rus] | تيساوروس

Definisi : (tésaurus) buku yg mengandungi sena­rai kata seerti dan kata yg berkaitan makna­nya yg disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.sau.rus] | تيساوروس

Definisi : /tésaurus/ buku yg me­ngandungi senarai kata seerti dan kata yg berkaitan dgn maknanya, yg disusun mengikut sistem tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tesaurus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tetuan Saya telah cub mencari perkataan 'gaslighting' dalam bahasa Melayu tetapi dimaklumkan bahawa 'Tesaurus: Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaslighting'. Gaslighting adalah proses psikologi yang bermaksud 'memanupulasi'. Pohon jasa baik dan kepakaran pihak Dewan Bahasa Pustaka untuk membantu memberi 'pengistilahan' yang dimaksudkan. Harap maklum, terima kasih. Wasalam.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk gaslighting ialah pemukauan.Istilah20.06.2019
Permohonan Soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu. Assalalmualaikum dan Salam sejahtera. Saya SITI SYAKIRAH BINTI SAZALI, pelajar sepenuh masa DOCTOR OF PHILOSOPHY (COMPUTER SCIENCE) di UiTM SHAH ALAM ingin memohon soft-copy Tesaurus Bahasa Melayu untuk penyelidikan saya. Bagaimanakah caranya untuk proses permohonan ini?Segala permohonan mengenai data tesaurus, puan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Peristilahan melalui talian 03-21479159 (Puan Siti Nur Atiqah binti Amirudin).Lain-lain31.10.2016
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durasi tetapi mengapa ada istilah itu digunakan dalam istilah bahasa melayu. mengapa tak selaras untuk setiap produk PRPM? soalan saya, wujud atau tidak istilah Durasi? terima kasih tuan,
Mengikut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, "durasi" bermaksud tempoh masa berlangsung sesuatu program, persembahan, filem dan sebagainya. Contoh ayat: "Mulai tahun hadapan, durasi program itu akan ditambah dari 15 minit menjadi setengah jam."
Makna12.07.2022
Mengapakah bahagian tesaurus PRPM menyatakan prestasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu performance? Bukankah prestasi berasal daripada perkataan bahasa Belanda iaitu prestatie?Untuk makluman, prestasi dipinjamkan daripada perkataan performance dan bukannya daripada prestatie. Sehubungan dengan itu, bahasa Inggeris dinyatakan sebagai sumber pinjaman dalam PRPM.Lain-lain18.01.2018
Salam Sejahtera, Saya nak tanya adakah ada mana-mana portal DBP yang menyediakan senarai tesaurus? Terima kasihKami ingin memaklumkan bahawa dalam portal khusus Dewan Bahasa dan Pustaka tiada disediakan senarai tesaurus.

Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan "Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu" yang mengandungi kira-kira 5400 entri utama dan 18 000 subentri yang dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan, serta lebih tersusun dan jelas berdasarkan pecahan makna dan kolokasi. Tesaurus ini juga dilengkapkan dengan kelas kata dan label geografi. Kehadiran kata antonim bagi kata-kata berpolisemi, menampakkan lagi perbezaan makna sesuatu entri dengan lebih jelas. Ini memudahkan lagi pelajar, penulis atau penterjemah untuk memilih kata yang tepat.

Lain-lain10.05.2021
Salam, untuk kata "memperindah," PRPM menyebut "Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperindah." Akan tetapi, takrifan ada diberikan. Saya dapati ada kes-kes seperti ini. http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memperindah+ PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya, selain daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Dewan Perdana dan kamus-kamus lain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala tesaurus pula ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya, yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. Sehubungan dengan itu, disebabkan fungsinya yang berbeza, tidak semua kata yang terakam dalam PRPM dilengkapi dengan maklumat tesaurus, termasuk perkataan “memperindah”.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tesaurus, sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. Tesaurus tersebut mengandungi kira-kira 5,400 entri utama dan 18,000 subentri yang dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan serta lebih tersusun dan jelas berdasarkan pecahan makna dan kolokasi, selain dilengkapi  dengan kelas kata dan label geografi.
Lain-lain19.02.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan, saya ingin bertanya sekiranya ada tesaurus bagi perkataan SINAH yang membawa maksud keadaan seseorang yang BUKAN TERLELAP ATAU TERTIDUR atau mungkin keadaan HAMPIR TERLELAP. Keadaan ini sering berlaku terutama ketika memandu kenderaan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Setakat ini tiada tesaurus bagi perkataan 'sinah' dalam kamus atau daftar istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih.
Makna20.12.2017
perkataan bocor dan pecah - kata adjektif? tidak boleh diuji dengan kata penguat "sangat".Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu DBP, bocor dan pecah diklasifikasikan sebagai kata kerja. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tesaurus Bahasa Melayu.Tatabahasa24.05.2007
Salam 1Malaysia, 1. Apakah maksud 'kasus'? 2. Fungsi 'tesaurus' berbanding dengan kamus? 3. Tarikh kematian Pak Asraf Abdul Wahab dan Za'ba, bila? Terima kasih.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kasus (bahasa Indonesia) ialah keadaan (perkara, persoalan dan sebagainya) yang sebenarnya atau yang tertentu (khusus), keadaan (kejadian dan sebagainya)yang khusus yang ada kaitannya dengan seseorang atau sesuatu, kes. Tesaurus ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olehan tertentu. Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun menurut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. Tarikh kematian Zainal abidin Ahmad (Za'ba) ialah 23 Oktober 1973.
Makna12.03.2012
Salam. Setelah menyemak kamus tesaurus DBP, saya mendapati bahawa kelas kata bagi perkataan 'makan' ialah kata kerja dan bukannya kata nama seperti yang dijelaskan sebelum ini. Sila rujuk lampiran yang telah saya sisipkan. Mohon penjelasan lebih lanjut dari pihak DBP. Terima kasih.Makan ialah kata kerja dan boleh menerbitkan kata nama seperti makanan. Kami mohon maaf jika berlaku kekeliruan dalam jawapan kami sebelum ini.Tatabahasa28.02.2018
1234567

Kembali ke atas