Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.sis] | تيسيس

Definisi : (tésis) 1. pendapat (kesimpulan) yg dikemukakan utk dibahaskan; 2. disertasi atau kajian ilmiah yg dikemukakan oleh seseorang calon utk melayakkannya memperoleh ijazah atau diploma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.sis] | تيسيس

Definisi : /tésis/ kajian ilmiah bagi men­dapatkan ijazah; rencana ilmiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tesis
Rujuk :disertasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya inin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan Bahasa Inggeris 'PREVIEW' dalam Bahasa Melayu. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan saluran berita TV dan radio arus perdana, tesis-tesis universiti dalam talian dan juga persuratan rasmi kerajaan, majoriti menggunakan perkataan PREBIU sebagai terjemahan untuk 'PREVIEW'. Namun begitu, semakan melalui carian DBP, saya tidak menjumpai perkataan PREBIU, yang ada hanyalah PREVIU. Bolehkah jika pencerahan diberikan supaya diketahui sebenarnya yang tepat adalah PREBIU atau PREVIU?Salam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Dewan, preview diberi padanan pratonton atau previu.

Sekian, terima kasih.
Ejaan13.09.2018
Saya ingin menerbitkan tesis PhD sejarah saya menjadi sebuah buku dengan DBP. Apakah email pihak berkaitan untuk saya menghantar salinan tesis? Saya menetap di Shah Alam dan tesis saya tebal untuk diprint & dipos ke DBPSelamat petang

Pihak tuan boleh menghubungi Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat tentang tatacara untuk menerbitkan tesis tuan dengan pihak DBP. Nama dan no. telefon seperti yang berikut:
 
Amran bin Joned (Dr.)
Ketua Editor
Jabatan Penerbitan
Bahagian : Bahagian Buku Umum
E-mel : amran@dbp.gov.my
Nombor Pejabat : 03-21479585

Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.07.2016
Saya ada kekeliruan. Saya baru selesai menulis tesis penyelidikan akademik dalam bahasa melayu. Saya menggunakan perkataan ICT dalam keseluruhan isi tesis berkenaan. Soalan saya adakah dibolehkan penggunaan perkataan ICT atau wajib ditukar kepada TMK? Saya ingin memohon pengesahan daripada pihak DBP dengan segera kerana perlu mencetak tesis dengan kadar segera. Terima kasih atas tindakan pihak Tuan.Semoga puan dan keluarga sihat sejahtera. Terima kasih diucapkan memanfaatkan kemudahan yang disediakan DBP dan jutaan kemaafan kerana lewat berinteraksi atas sebab-sebab tertentu. TMK adalah tepat dan amat digalakkan penggunaanya. Semoga berjaya.Lain-lain04.01.2014
Salam. Saya Pn Ruba di sini ingin bertanya adakah pihak DBP mempunyai khidmat proofreading tesis yg ditulis dalam BM. Jika ada, berapakah bayaran yang dikenakan?Dan brp lama tempoh masa yang diperlukan untuk peoofreading tesis tersebut?Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan.Salam sejahtera puan ruby, perkhidmatan membaca pruf tesis. DBP tidak menyediakan perkhidmatan membaca pruf tesis. Semua khidmat membaca pruf buku terbitan DBP menggunakan khidmat syarikat dan individu yang berdaftar dengan Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP. Maklum, terima kasih.Lain-lain21.04.2020
Tajuk Tesis saya adalah seperti berikut iaitu Pendekatan Diplomasi Akomodasi dalam Dasar Luar Malaysia di zaman Pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi 2003-2009. Pertanyaan saya ialah mengenai kesesuaian penggunaan perkataan Pemerintahan...Adakah ianya sesuai digunakan?atau pun ia sewajarnya ditukar kepada perkataan lain seperti pentadbiran?Mohon penjelasan.Untuk membantu tuan memahami perbezaan antara kedua-dua kata tersebut, rujuk penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Pentadbiran diterjemahkan kepada administration, manakala pemerintahan diterjemahkan kepada government atau rule. Kami berpandangan, perkataan pentadbiran lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa04.03.2015
TAJUK TESIS SAYA "KEBERKESANAN PROGRAM USAHAWANAN MUDA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU" . Tolong berikan penjelasan yang kukuh kenapa saya perlu menggunakan perkataan "DALAM KALANGAN PELAJAR" bukannya "DI KALANGAN PELAJAR". Terima kasih

"di kalangan" dan "dalam kalangan", kedua-dua frasa itu adalah betul, yang tidak boleh digunakan ialah di dalam kalangan. Oleh itu ayat "KEBERKESANAN PROGRAM USAHAWANAN MUDA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU", betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa11.07.2008
Aslmkum, tajuk tesis KELESTARIAN PENGKARYAAN PELUKIS- PELUKIS ABSTRAK MELAYU MALAYSIA MELALUI ESTETIK TIMUR persoalannya....adakah sesuai penggunaan perkataan kelestarian dlm konteks tersebut.Untuk makluman tuan, "KELESTARIAN" biasanya digunakan untuk penulisan yang merujuk pada alam sekitar. Kami mencadangkan perkataan tersebut ditukar kepada perkataan yang lebih sesuai, contohnya "KEWIBAWAAN KARYA PELUKIS-PELUKIS ABSTRAK MELAYU MALAYSIA MELALUI ESTETIK TIMUR".Lain-lain14.03.2022
Assalamualaikum wbt., Tuan, Bolehkah saya membuat semakan desertasi/tesis saya dengan bantuan khidmat daripada DBP..? Makluman Tuan, desertasi/tesis saya adalah di dalam Bahasa Melayu...Mungkin juga ada beberapa masalah terkait dengan penggunaan bahasa,ejaan dan struktur ayat yang tidak betul dan tidak sesuai untuk digunakan... Oleh yang demikian, sekiranya pihak Tuan boleh menyediakan khidmat untuk semakan tersebut, amatlah saya harapkan.. Terima kasih.

(1)  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan penyemakan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum, termasuk tesis.

(2)  Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM6.00 untuk satu halaman.

(3)  Tempoh masa yang diambil bergantung atas persetujuan antara pihak anda dengan DBP.

(4)  Sila kemukakan permohonan anda kepada Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan boleh dikemukakan kepada beliau melalui e-mel azahari@dbp.gov.my. atau telefon 03-21479111 untuk perbincangan lanjut.

Lain-lain17.10.2017
Saya sedang menyiapkan tesis Master di UPM. Masalah saya ialah mengenai tajuk tesis yang dicadangkan oleh penal pemeriksa. Tajuk yang dicadangkan ialah : "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PERSEKITARAN SEKOLAH DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH" tajuk saya ialah "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH". Oleh itu saya minta jasa tuan bagi menentukan tajuk yang manakah lebih tepat.Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada kajian yang dijalankan.Tatabahasa20.08.2013
salam. saya sedang menulis tesis phD. mohon bantuan untuk dapatkan 1. maksud teacher innovativeness 2. bolehkah saya gunakan perkataan instruksional dalam tesis saya ?Cadangan terjemahan teacher innovativeness  ialah daya pembaharuan guru.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas