Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.mu] | تتامو

Definisi : orang yg diundang (dijemput) utk menghadiri jamuan dll, orang jemputan, jamu, tamu: dia sibuk melayan ~; ~ kehormat orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.mu] | تتامو

Definisi : orang yg diundang utk meng­hadiri majlis jamuan dll; orang undangan; tamu. ~ kehormat orang yg diundang khas, biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar, utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetamu (kata nama)
Bersinonim dengan tamu, jemputan, undangan, pelawat, pengunjung, penziarah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special guesttetamu khasKomunikasiKorporatIndividu atau kumpulan yang diundang khusus oleh organisasi atau negara untuk menghadiri sesuatu acara atau sebagai tetamu kepada pemimpin tertentu negara. Taraf tetamu biasanya dijemput secara rasmi dan khas berdasarkan faktor berikut: (i) Kedudukan kepimpinan tetamu dan kepentingannya secara strategik kepada organisasi atau negara. (ii) Kepakaran dan pengaruh tetamu dalam sesuatu bidang atau pemikiran yang boleh membantu meningkatkan citra organisasi atau negara. (iii) Ketokohan dan kewibawaan tetamu yang boleh memberikan perakuan dan pengiktirafan mengenai sesuatu gagasan dan dasar organisasi atau negara. (iv) Landasan persahabatan antara organisasi atau negara melalui undangan ini akan mengekalkan hubungan dua hala antara organisasi atau negara. Sebagai tetamu khas, pihak yang diundang diberi layanan setimpal dengan status tetamu dan dibiayai sepenuhnya oleh organisasi atau negara. Sebarang acara yang dianjurkan dan melibatkan tetamu ini biasanya mendapat liputan media dan diuar-uarkan kepada khalayak sasaran organisasi atau negara.
late chargecaj lewatPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran yang dikenakan kepada tetamu setelah tetamu keluar.
after departure (AD)caj lewatPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran yang dikenakan kepada tetamu setelah tetamu keluar
day ratekadar harianPentadbiran PerniagaanTiada1. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel pada waktu siang sahaja.,2. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel tidak sampai satu malam, biasanya tetamu mendaftar masuk dan keluar hotel pada hari yang sama.
day use ratekadar guna siangPentadbiran PerniagaanTiada1. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel pada waktu siang sahaja. 2. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel tidak sampai satu malam, biasanya tetamu mendaftar masuk dan keluar hotel pada hari yang sama.
guesttetamu; penginapPentadbiran PerniagaanTiada1. Tetamu: Orang yang datang menjamu selera tanpa menginap di hotel.,2. Penginap: Orang yang menginap di hotel.
hotel guest cyclekitaran tetamu hotelPelanconganTiadaKetibaan tetamu hotel secara bergilir-gilir mengikut musim. Contohnya, kebanyakan pelancong Arab akan menginap di hotel pada bulan Julai hingga September pada setiap tahun.
butlerpelayan tetamu khasPelanconganTiadaIndividu yang memberikan perkhidmatan peribadi kepada tetamu kenamaan di hotel mewah.
roomingpenyewaan bilikPentadbiran PerniagaanTiadaProsedur yang termasuk penyambutan tetamu, penempahan bilik dan pengiringan tetamu ke biliknya.
morning callpanggilan kejutPentadbiran PerniagaanTiadaPanggilan untuk menyedarkan tetamu yang menginap di hotel atas permintaan tetamu.
12345678910...

Kembali ke atas