Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg tinggal berdekatan atau sebelah-menyebelah, orang setangga, jiran: katanya tak pantas aku memanggil orang itu masuk rumah, hina apabila dilihat ~; ® tangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. bertetangga tinggal berhampiran dgn; berjiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetangga (kata nama)
Bersinonim dengan jiran, orang sebelah, orang sekampung.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah satu yang betul? "Rukun Tetangga" atau " Rukun tetangga"?? Perlukah 'T" ditulis dengan huruf besar?'rukun tetangga' sekiranya dalam ayat. Sekiranya sebagai kata nama khs hendaklah dieja dengan huruf besar. Contohnya Rukun Tetangga Kg. Baru.Tatabahasa06.10.2009
langkah-langkah mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga dan kepentingan memelihara hubungan jiran tetanggaHubungan sesama jiran tetangga adalah penting bagi memelihara kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu. Usaha mengeratkan hubungan sesama jiran hendaklah diamalkan oleh semua orang. Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan sesama jiran bergantung kepada sikap seseorang itu. Antaranya termasuklah sikap bertolak ansur, berbudi bahasa, bertegur sapa, hormat menghormati, jujur, tidak berdengki dan berdendam, tolong menolong dan saling menziarah. Dalam kehidupan bermasyarakat, memelihara hubungan sesama jiran amat penting bagi menjamin kehidupan yang sejahtera, selamat, aman dan bersatu padu. Melalui usaha ininjuga, dapat mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama jiran. Masayarakat yang bersatu  akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman dan sejahtera.Lain-lain04.06.2008
Saya ingin bertanya mengenai yang berikut dari segi ejaan dan tatabahasa, adakah betul 1. Persatuan Pemuafakatan Residen dan Tetangga Impiana Villa. 2. Kesatuan Residen dan Tetangga Impiana Villa. Terima kasihCadangan kami: Persatuan Penduduk dan Tetangga Impiana Vila.Tatabahasa28.01.2014
definisi rukun tetangga dan integrasi nasionalRukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara.Makna12.10.2011
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih.1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut.
2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai.
3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan.
Tatabahasa05.03.2012
Mereka akan mengunjungi jiran tetangga pada majlis rumah terbuka. Adakah perkataan "pada" itu salah? Apakah ayat yang betul sekiranya ayat tersebut salah?Mereka akan mengunjungi jiran tetangga pada majlis rumah terbuka. Ayat ini betul.Tatabahasa21.05.2020
Salam,Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa?Terima kaasih Kita mestilah saling menolong apabila jiran tetangga menghadapi kesusahan.Seorang mungkinlah melancong dari negara sendiri ke luar negara seperti Eropah,Hong Kong,Korea,Pualau Pinang,Selangor,dan Kuala Lumpur.Jiran tetangga kita mungkin memohon bantuan untuk membantu mereka menjaga anjing dari rumah mereka.Contohnya,kita juga boleh mengadakan sambutan Hari Jadi kepada jiran tetangga untuk memperat hubungan yang ikat.Hubungan yang ikat bukanlah sesiapa boleh membuat keputusan yang baik atau tidak baik.Hubungan ialah manusia menanam hubungan yang kronik hingga jadi baikk dengan perlahan-perlahan.Jiran tetangga akan memberi sokongan dan dorongan dengan tujuan mencapai maklumat yang diimplementasikan.Contohnya,kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.Kita juga harus mempengaruh tingkah laku mereka dari negatif jadi positif.Natijahnya,negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari ekonomi dan politik negara.Negara Malaysia melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia.

Kita mestilah menolong jiran tetangga apabila mereka menghadapi kesusahan. Jiran tetangga berkemungkinan melancong ke luar negara seperti Eropah, Hong Kong, Korea, dan di dalam negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Jiran kita mungkin memohon bantuan untuk menjaga anjing di rumah mereka. Selain itu, kita juga boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama-sama jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

Jiran tetangga akan memberikan sokongan dan dorongan bagi mencapai maklumat yang ditetapkan, seperti memberikan sokongan apabila kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.

Kita juga boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dari negatif menjadi positif.  Negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari segi ekonomi dan politik dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia.

Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. 

Tatabahasa08.07.2021
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. 

Tangga pula bermaksud:
 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
Lain-lain14.05.2018
Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukn Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan. A)membaiki B)memelihara C)melaksanakan D mengutamakan

saudara,

Perkataan seerti ialah memelihara.

Tatabahasa02.10.2009
Apakah makna jiran?Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang; tetangga.Makna10.06.2008
12

Kembali ke atas