Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg tinggal berdekatan atau sebelah-menyebelah, orang setangga, jiran: katanya tak pantas aku memanggil orang itu masuk rumah, hina apabila dilihat ~; ® tangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. bertetangga tinggal berhampiran dgn; berjiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetangga (kata nama)
Bersinonim dengan jiran, orang sebelah, orang sekampung.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUKUN TETANGGA

RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman.  Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Perkataan ‘Rukun Tetangga’ diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia.  Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari.  Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas