Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ta.ni] | تيتاني

Definisi : (tétani) (Ubat) sj penyakit yg dicirikan dgn penggerenyetan dan kekejangan otot, sawan dan spasma otot pd pergelangan tangan dan kaki sehingga boleh menyebabkan tangan dan kaki terbengkok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TETANI

Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan

dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan

sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh

kekejangan otot secara berkala dan sedikit

perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan

yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan

berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas

dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot

barangkali merebak ke muka, badan dan

kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa

sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca

daripada kekurangan bahan garam kalsium atau

ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan.

UMUM 

Kembali ke atas