Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.tap] | تتڤ

Definisi : 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak ber­ganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan ber­­pencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berke­sudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (ke­adaannya): harga getah dan timah bergan­tung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keya­kin­an­nya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. meme­nuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), men­jalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentu­an), memastikan, menentukan: harinya mesti­lah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rom­bongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadi­kan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemas­tian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajib­an dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetap­kan (menyelaraskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : menetap mengeringkan (air mata dll) dgn kain dll, mengelap (dakwat, air, dll), mengesat: ditetapnya air matanya dgn sapu tangan; penetap sesuatu yg dipakai utk menetap; kertas ~ kertas kembang, kertas lap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : tatap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : 1 tidak berpindah atau tidak berganjak dr tempatnya: Orang tua­nya ~ tinggal di kampung, tidak mahu berpindah ke tempat lain. 2 tidak berubah-ubah keadaannya atau halnya; selalu demikian halnya: Sekali merdeka ~ merdeka. 3 kekal sepanjang masa atau kekal utk selama-lamanya: Moga-moga persahabatan kita ~ hingga ke akhir hayat. 4 sudah pasti; tentu; mesti: Mesyuarat tsb ~ akan diadakan pd hari itu. 5 bukan utk sementara waktu: Jawatan ini ~ dan berpencen. 6 ki teguh berpegang pd kepercayaannya, pendapatnya dll: Dia ~ tidak mahu berdamai dgn musuhnya. menetap duduk atau tinggal dgn tetap di sesuatu tempat: Ada yg pulang ke kampung halamannya dan ada juga yg ~ di kota. menetapi memenuhi atau menunaikan janji dll: Dia tidak pernah ~ janjinya. menetapkan 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; me­ngekalkan. ketetapan 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak maji­kan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. penetapan perbuatan atau hal menetapkan; penentuan. penetap se­suatu yg menetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
regular3. done, operating, recurring uniformly, tetap; (of menstruation, toilet habit) dgn tetap: he does not get a ~ income, dia tdk mendapat pendapatan tetap; he eats ~ meals, dia makan dgn tetap; he pays ~ visits to the dentist, dia berjumpa doktor gigi dgn tetap: 4. symmetrical, even, in appearance or form, biasa; (of teeth) sekata:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
settledadj fixed, established, tetap: a ~ life, kehidupan yg tetap; a man of ~ habits, lelaki yg mempunyai kebiasaan yg tetap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irregularf. (of teeth) tdk teratur; 2. uneven in duration, continuity, order, (secara) tdk tetap: his attendance is ~, kehadirannya tdk tetap; trading on the exchange was ~, dagangan di bursa saham tdk tetap; the pay was good but the hours were ~, gajinya tinggi tetapi waktu kerjanya tdk tetap; he comes at ~ intervals, dia datang secara tdk tetap; the child’s breathing suddenly became ~, pernafasan kanak-kanak itu tiba-tiba menjadi tdk tetap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invaluableadj (fixed) tetap; (unchanging) tdk berubah-ubah; (habitual) biasa; (unfailing), [not translated]: ~ temperature, suhu tetap; an ~ rule, peraturan tetap; one of the ~ laws of nature, salah satu hukum alam yg tdk berubah-ubah; it has become his ~ practice to go for morning walks, sudah menjadi amalan biasanya pergi berjalan-jalan pd waktu pagi; their ~ reply was..., jawapan biasa mereka ialah...; he greeted them with his ~ courtesy, dia menyambut mereka dgn penuh sopan santun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adamantadj 1. (in character) /keras, tegar/ hati (sifatnya), (bersifat) tegar: I wish she were less ~, kalaulah dia tdk begitu keras hati; 2. (in resolution) tetap /berpendapat, berpendirian/, /tetap dgn, tdk berganjak drpd/ pendirian sso: he was ~ that he was fit to work, dia tetap berpendapat bahawa dia sudah sihat dan dapat bekerja; on this issue, I am ~, saya tetap dgn pendirian saya ttg perkara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steady 2. continuous for a period of time, tetap; (of movement, flow) tdk putus-putus: he has got a ~ job at last, akhirnya dia mendapat kerja tetap: a ~ improvement, kemajuan yg tetap; a ~ flow of refugees, kedatangan orang-orang pelarian yg tdk putus-putus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uniformadj 1. even, regular, seragam, tetap, nalar: a device that keeps the room at a ~ temperature, alat yg mengekalkan suhu yg tetap di bilik itu; the car travelled at a ~ speed, kereta itu bergerak pd kelajuan yg tetap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
habituén pengunjung tetap: a ~ of the theatre, pengunjung tetap teater.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set ~ price, harga /tetap, mati, pasti/; ~ /lunch, dinner/, hidangan /makan tengah hari, makan malam/ bermenu tetap; 3. laid down, prescribed, ditentukan, ditetapkan: he arrived well before the ~ time, dia tiba lama sebelum waktu yg ditentukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsteady4. changeable, tdk tetap, berubah-ubah: ~ economic conditions, keadaan ekonomi yg tdk tetap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas