Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, untuk perkataan kepadanya dan terhadapnya ada perbezaan maksudkah? contoh: (1) Azeera tetap rasa simpati kepadanya. (2) Azeera tetap rasa simpati terhadapnya.Kedua-dua ayat itu betul, kata sendi nama kepada diikuti dengan sasaran (nya) dan terhadap juga bermaksud berkenaan dan kepada.Tatabahasa18.05.2012
Salam sejahtera. Adakah penerangan di bawah betul? 1. Saya(subjek) tetap bermain(frasa kata kerja) dengan seronoknya(keterangan cara) ATAU Saya(subjek) tetap bermain dengan seronoknya(frasa kata kerja). 2. Kami(subjek) bermandi-manda frasa kata kerja) di laut(keterangan tempat) ATAU Kami(subjek) bermandi-manda di laut(frasa kata kerja).

Penerangan yang berikut merupakan penambahbaikan terhadap penerangan yang diberikan:

       i.       Saya (subjek) tetap bermain (frasa kata kerja) dengan seronoknya (frasa keterangan cara).

      ii.        Kami (subjek) bermandi-manda (kata kerja) di laut (frasa keterangan tempat).

Untuk mendapatkan penerangan dengan lengkap dan jelas berhubung dengan aspek tatabahasa yang berkaitan dengan soalan berkenaan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 57 – 575.

Tatabahasa14.05.2024
maksud merewangMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merewang bermaksud 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll) 2. oleng (perahu dll)Makna03.07.2011
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih.

 1. Kedua-duanya betul.

2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.

Lain-lain20.08.2009
Mohon jelaskan secara terperinci perkataan Kerja. Adakah maksud di bawah boleh diguna pakai? KERJA bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui secara terperinci maksud perjataan 'kerja'. Huraiannya terlalu panjang untuk dijawab di sini.Makna22.02.2019
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih.

1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam."

2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya.

Tatabahasa01.04.2010
1. Saya ingin mohon khidmat nasihat berkaitan istilah-istilah SOP yang sedang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar istilah yang digunakan adalah selaras di peringkat jabatan. Contoh penggunaan istilah yang merujuk kepada SOP adalah seperti berikut: i) Prosedur Tetap Operasi Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga ii) Prosedur Operasi Standard Perintah Khidmat Masyarakat iii) Peraturan Tetap Operasi Penguatkuasaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan 2. Sehubungan itu, perkara ini dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pandangan dan penyeragaman penggunaan istilah tersebut. Sekian, terima kasihPadanan standard operating procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah "tatacara pengendalian piawai", "tatacara pengendalian standard", "prosedur pengendalian standard" dan "prosedur operasi standard". Walau bagaimanapun, istilah "prosedur operasi standard" paling banyak digunakan khususnya dalam dokumen rasmi kerajaan. Istilah22.02.2022
Salam dan terima kasih kerana membantu. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? "Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah adalah penting, terutamanya pada mulanya. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat. Semakin ringkas struktur kempen anda, semakin efisien dan berkesan struktur itu akan menjadi."Ayat yang betul:

1. Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah merupakan perkara penting, terutamanya pada peringkat permulaan.

2. Semakin ringkas kempen, semakin efisien dan berkesan.

3. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat - Ayat ini tidak dapat difahami, sila berikan padanan jika diterjemahkan daripada bahasa Inggeris untuk kami lihat kesesuaian konsepnya sebelum memberikan jawapan yang tepat.
Lain-lain04.09.2019
1. kendatipun dia tidak sihat, namun dia tetap menguatkan semangat justeru menghadiri upacara pengebumian sahabat karibnya itu. (munsyi, adakah justeru sesuai digunakan dalam ayat ini? ) terima kasihJusteru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak tepat digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila lihatĀ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=justeru.Tatabahasa18.06.2013
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas