Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.wa/] | تتاوق

Definisi : sl tawak-tawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.wa/] | تتاوق

Definisi : gong kecil yg dipalu utk mengerahkan orang supaya berkumpul dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetawak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tetawaktetawakMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Tetawak ialah gong berbusut yang diperbuat daripada gangsa. Saiznya besar, berbingkai lebar dan berdinding tebal. Alat muzik ini mempunyai register yang rendah, digantung dan dipukul pada busut dengan pemukul yang berbalut. Tetawak memainkan pic tertentu yang berfungsi sebagai penanda masa dan bentuk muzikal dalam muzik wayang kulit, gendang silat, main puteri, menora, makyong dan dikir barat. Tetawak terdapat di Semenanjung Malaysia, khususnya di pantai timur dalam ensembel muzik rakyat.

tetawak (Mal)tetawakKesenianTiadaIstilah yang digunakan untuk gong di Pantai Timur.
silatsilatMuzikTiada

Seni pertahanan diri orang Melayu yang diiringi ensembel gendang silat. Muziknya bersifat dinamik dan agresif. Con­tohnya, ensembel gendang silat Kelantan yang terdiri daripada serunai, gendang anak dan gendang ibu serta tetawak.

makyungmakyungMuzikTiada

 Dramatari rakyat yang klasik dan menggunakan muzik vokal dan instrumental, dialog dan tarian untuk mengisahkan sesuatu cerita di Patani dan di Kelantan. Dramatari ini dipersembahkan untuk hiburan dan upacara menyembuhkan pesakit. Cerita asasnya tentang Dewa Muda. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pakyung, Pakyung Muda, Mak­yung, Puteri Makyung, Peran Tua, Peran Muda dan Tok Wak. Dramatari ini diiringi ensembel muzik yang terdiri daripada rebab, gendang dan tetawak.

tarinaitarinaiMuzikTiada

Tarian, muzik rakyat dan muzik istana yang terdapat di Perlis dan di Kedah. Tarian ini berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Malaysia oleh pedagang India. Tarinai dipersembahkan semasa upacara berinai dan diiringi oleh ensembel muzik yang terdiri daripada gendang ibu dan anak, tetawak ibu dan anak, serta serunai.

wayang kulit Kelantanwayang kulit KelantanMuzikTiada

Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam.

dikir baratdikir baratMuzikTiada

 Nyanyian berpantun dengan gaya bersahut-sahutan antara pe­nyanyi solo pertama yang dikenali sebagai juara atau tok juara dengan korus yang dikenali sebagai awok-a wok. Dikir barat merupakan sejenis hiburan sekular rakyat Melayu Kclantan semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Tok Juara memulakan sesuatu lagu dengan nyanyian solo tanpa iringan. Manakala penyanyi solo kedua pula bertindak sebagai tukang karut. Tukang karut ini akan mengarang pantun secara spontan. Teksnya berkaitan dengan kehidupan seharian, mesej politik atau pembangunan negara. Dikir barat diiringi ensembel yang terdiri daripada rebana ibu dan anak, tetawak, canang dan marakas.

wayang kulit Melayuwayang kulit MelayuMuzikTiada

Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi en­sembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.


Kembali ke atas