Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ting.kap] | تتيڠکڤ

Definisi : (Komp) kawasan bersegi empat pd tabir paparan komputer yg memaparkan sebahagian drpd gambar atau teks terpilih bagi fail tertentu; ~ aktif tetingkap yg dipaparkan pd tabir yg sedang digunakan oleh atur cara; ~ tak aktif tetingkap atur cara atau data pd paparan yg tidak digunakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ting.kap] | تتيڠکڤ

Definisi : ist kawasan bersegi empat pd skrin komputer yg memaparkan data (gambar atau teks) komputer. ~ aktif ist tetingkap pd skrin komputer yg sedang digunakan. ~ tak aktif ist tetingkap pd skrin komputer yg tidak digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetingkap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang perkataan "pop-up". Saya telah lihat dalam bahagian khidmat nasihat istilah-istilah yang digunakan. Adakah "tetingkap timbul" sesuai untuk ayat ini? Ayat: For some files you share in a forum, you may receive an error message. If you are the sender, you will see this pop-up." Penterjemahan: Untuk sesetengah fail yang anda kongsi dalam forum, anda mungkin akan menerima mesej ralat. Jika anda ialah pengirim, anda akan melihat tetingkap timbul ini. Penyunting menolak penterjemahan ini, dan mencadangkan "pop timbul" menggantikan "tetingkap timbul". Mohon pencerahan daripada pihak PRPM. Terima kasih.Istilah yang paling tepat berdasarkan ayat yang dikemukakan ialah pop-up window. Padanan bahasa Melayu bagi istilah pop-up window ialah tetingkap timbul dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Istilah01.02.2023
Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "pop-up blocker" (yang menghalang tab baru daripada dibuka dalam sesuatu penyemak imbas)?Belum ada lagi istilah untuk "pop-up blocker" dalam bahasa Melayu.  Kami cadangkan dua istilah yang boleh digunakan mengikut konteks:

1. "Penghalang tetingkap timbul" sekiranya ia window
2. "Penghalang kotak timbul" sekiranya ia box 
Makna27.04.2014
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
Salam sejahtera, saya ingin mendapat kepastian tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu Android, iOS, Windows, Hip-Hop dan Punk. 1. Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu ? 2. Jika hendak digunakan dalam karangan bahasa Melayu, apakah sistem ejaannya yang betul ?Berikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang ditanya:
a) android: android
b) hip-hop: hip-hop
c)punk: rock punk

Sila rujuk halaman PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=android&d=286464&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.

iOS dan Windows merupakan kata nama khas. Oleh itu, ejaannya dikekalkan seperti perkataan asal. Sekiranya "windows" digunakan sebagai kata nama am seperti "cascading windows", perkataan "windows" diterjemahkan sebagai tetingkap melata (kaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih).
Makna07.12.2018
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022
Apakah terjemahan bagi perkataan "pop-up" dalam konteks teknologi maklumat. Contoh sesuatu halaman yang keluar apabila klik sesuatu folder/aplikasiBerdasarkan rujukan kami, terdapat istilah yang berkaitan dengan perkataan pop-up dalam bidang teknologi maklumat yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. Antaranya seperti yang berikut:
  1. Pop-up menu – menu muncul
  2. Pop-up box – kotak timbul
  3. Pop-up windowtetingkap timbul
  4. Pop-up list box – kotak pilihan pop-naik

Istilah21.03.2022

Kembali ke atas