Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.was] | تيواس

Definisi : (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.was] | تيواس

Definisi : /téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tewas (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kalah: tumpas, kecundang, gagal, kandas,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan gugur: mati, terkorban,

Kata Terbitan : menewaskan, ketewasan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TewasHaziqah Nasirah Z.Berita Harian28.02.2009
Tewas untuk merebut kerusi Parlimen SetapakTiadaMingguan Malaysia18.06.1995
TewasMabulmaddin ShaiddinSabah Times15.05.1991
Wanita Yang TewasCheqMingguan Yang Tewas31.03.2000
Walaupun tewas Gerimis banggaTiadaSabah Times03.09.1984
Pas tewas kerana kesalahan sendiriZahari AffandiMingguan Islam15.08.1985
Jagoan Tewas Di Gelanggang SendiriZahari AffandiMingguan Islam20.06.1986
Aku Tewas Dengan KemesraanmuIma `H'Mingguan Wanita06.01.1989
Mimpi Yang TewasSolihin OsmanBerita Harian25.04.2009
Bumi Yang TewasNissai' yusofBerita Harian16.04.2006
1234

Kembali ke atas