Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tha.ni] | ثاني

Definisi : Ar yg kedua; Sultan Iskandar ~ Sultan Iskandar yg kedua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata thani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISKANDAR THANI

ISKANDAR THANI (1611-1641), Sultan Aceh. Dia lahir pada tahun 1611 di Pahang. Nama asalnya ialah Raja Mughal bin Raja Ahmad. Semasa berusia tujuh tahun, dia merupakan salah seorang daripada 10 000 tawanan Sultan Iskandar Muda Aceh. Dia dibawa ke Aceh dan dijadikan anak angkat oleh Sultan Iskandar Muda. Dia mendapat pendidikan di istana dan digelar sebagai Raja Bongsu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MU‘AWIYAH IBN YAZID

Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684

M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada

pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah

ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn

Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali

sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya

akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut

selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang

tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah

menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru

kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan

agar mereka melantik penggantinya yang tersebut

dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia

telah mengasingkan diri di rumahnya dengan

beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia

meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh

sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak

sempat meninggalkan zuriat

UMUM 
CHAYA

CHAYA, bandar yang terletak di Teluk Ban Don, sekitar Segenting Kra, Wilayah Surat Thani, Thailand. Pada zaman protosejarah, Chaya menguasai kedua-dua pantai Segenting Kra dan kawasan sekelilingnya, iaitu Takuapa, Takuathung dan Teluk Ban Don.

          

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TAMBRALINGATAMBRALINGA, kerajaan awal di utara Semenanjung Tanah Melayu.  Ia terletak di pantai timur dan berpusat di kawasan Ligor (kini nakhon Si Thammarat).  Di sebelah utaranya ialah Chaiya, di wilayah Surat Thani.  Sejarah kemunculan Tambralinga kurang jelas.  Nama `Tambralinga’ pertamanya terdapat pada batu bersurat bahasa Sanskrit yang dijumpai di Wat Sema Mu, Ligor.  Batu bersurat ini menyebut seorang yang bernama Dharmaraja yang menggelarkan dirinya Raja Tambralinga (1230).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas