Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Lipat baju lipatnya kain,
     Bawa belayar tanah seberang;
Hati tiada pada yang lain,
     Hati ingat tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Bermaksud :

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

 

Lihat selanjutnya...(75)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dan keluarga ambil ilmu yang haq sahaja dari buku-buku terbitan syarikat tuan dan web tuan tiada yang lain selamanya. Kami memulangkan ilmu kepunyaan dan kepunyaan tuan,staff syarikat dan syarikat tuan kepada tuan yang ada pada kamiSoalan anda tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan berkenaan permasalahan bahasa Melayu.Lain-lain15.07.2021
Apakah peribahasa sinonim bagi peribahasa "tiada ubat yang tiada penawarnya"?Tidak wujud peribahasa "tiada ubat yang tiada penawarnya" peribahasa yang ada ialah  “tiada penyakit yang tiada penawarnya” .Lain-lain08.06.2017
Maaf, saya ingin bertanya apakah perkataan seerti bagi organik? Terima kasih.Perkataan organik bermaksud bahan, proses, dan lain-lain yang ada kaitan dengan (sumber) haiwan atau tumbuh­an. Tiada perkataan seerti bagi organik.

Lain-lain08.09.2020
Salam tuan/puan, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk gegelung? Buah/bentuk atau lain-lain yang lebih sesuai? Terima kasih.Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. . Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Tiada maklumat dalam data kami berkenaan penjodoh bilangan gegelung.Lain-lain23.11.2015
Apakah peribahasa sinonim bagi peribahasa "tiada penyakit yang tiada penawarnya"?Kami sudah menyemak pangkalan data berkenaan peribahasa yang membawa maksud tersebut. Sungguhpun demikian, maklumat berkenaan tidak ada dalam simpanan pangkalan data kami.Lain-lain19.06.2017
Sekiranya satu istilah boleh diterjemahkan, contohnya: Nandrolone = Nandrolon Bagaimana pula jika istilah tersebut digabungkan dengan satu istilah lain yang tiada terjemahan, seperti Nandrolone phenpropionate Apakah terjemahan separa boleh dilakukan? Terima kasih.Jika frasa yang hendak diterjemahkan itu tidak ada padanan keseluruhannya dalam bahasa Melayu, maka bentuk asal dikekalkan dengan ditulis huruf condong (italik).Penyemakan dan penterjemahan17.02.2015
Mohon pengesahan , Untuk pegawai kerajaan yang tiada pangkat Dtk ,Haji dan lain2 tetapi berkedudukan dalam jawatan spt Jusa A/B kata hormat yang digunakan YBerusaha Encik... atau YBerusaha Tuan.... Terima kasih.Salam sejahtera,

Kata Hormat untuk Jusa A atau B yang tiada pangkat Datuk/Haji/Lain-lain

Kata hormat yang digunakan ialah: Yang Berusaha Tuan

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain22.08.2022
Salam DBP, Saya nak tahu, adakah penggunaan istilah bahasa Inggeris yang tiada erti yang sesuai; seperti "Arrondissement"? (juga diakui oleh ahli sastera bahasa Inggeris sendiri bahawa tiada maksud sesuai bagi istilah bahasa Perancis "aʁɔ̃dismɑ̃") Secara kasarnya bermaksud "daerah", lebih etimologi tepat, tetapi kurang kiasan, definisi akan menjadi '''kepungan''', dari bahasa Perancis ''arrondir''. Tetapi oleh kerana Perancis sendiri terlalu banyak pembahagian (daripada bahagian arrondissement, dibahagikan lagi menjadi komun dan kanton), istilah "daerah" atau "mukim" tidak sesuai kerana maksudnya lari dan tidak sesuai dengan perkataan harian Bahasa Melayu. Jadi adakah saya boleh menggunakan istilah "Arrondissement" secara terus dari BI untuk menyatakan maksud pembahagian kuasa kawasan di Perancis, kerana BM juga belum ada istilah sesuai untuk istilah tersebut? (Komun dan kanton mudah untuk ditranslisasikan daripada BI, "Commune" dan "Canton") Dan begitu juga perkataan lain yang masih belum ada terjemahan BM, bolehkah saya translisasikan sahaja perkataan yang tiada maksud dalam BM, jika boleh?Soalan ini akan dipanjangkan  kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasihLain-lain16.06.2017
nama lain dalam Bahasa Malaysia untuk tajuk Program Team Building selain Program Bina Pasukan ?Tiada nama lain yang sesuai untuk Program Bina Pasukan. Walau bagaimanapun, jika hendak menggunakan nama lain, boleh juga digunakan dengan nama "Program Pengukuhan Kerja Berpasukan" atau "Program Kepimpinan dan Bina Pasukan".Lain-lain01.09.2020
Assalamualaikum Tuan..Tiada soalan yang dikemukakan.Lain-lain03.09.2018
12345678910...

Kembali ke atas