Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


2°v´ | تياڠ

Definisi : 1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

2°v´ | تياڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang tegak utk menyangga bangunan (spt rumah, jambatan): ~ rumah itu belum didirikan lagi. 2 kayu dll yg didirikan tegak utk sesuatu tujuan: ~ bendera; ~ gol; ~ layar; ~ seri tiang rumah yg mula-mula di­dirikan yg letaknya di tengah-tengah rumah. 3 ki sesuatu yg menjadi tonggak atau pokok kekuatan dll: Pemuda ha­rapan bangsa, pemudi ~ negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Bermaksud :

Kawan menjadi lawan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chain link fencingpagar rangkaiKejuruteraanKejuruteraan BangunanPagar yang terbina dengan rangkaian jejaring yang berbentuk segiempat bujur dan disokong oleh tiang-tiang besi atau tiang-tiang konkrit pada jarak-jarak tertentu.
masttiang; tiang mercu; tangkaiPerhutananTiadaTiada
mastingtiang-tiang layar; memasang layarKejuruteraanTiadaTiada
masttiang; tiang mercu; tangkaiKejuruteraanTiadaTiada
obeliskbatu obelis; obelik; tugu tiangKesenianTiada2. Tugu tiang: Tiang tinggi daripada batu, marmar atau kayu yang dibina tunggal sebagai tugu atau arca bersendirian.
tiang seritiang seriKesenianHiasan DalamanTiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan.
balustradebiraiLandskapTiadaTiang-tiang kecil pada tangga rumah atau di pinggir langkan.
palipaliGeologiTiada1. Satu siri tiang-tiang kecil yang menonjol ke atas daripada tapak ke arah stomadaeum batu karang madrepor.,2. Palus.
perisytle gardentaman tiangLandskapTiadaKawasan berlandskap terbuka yang terdapat di tengah-tengah bangunan dengan mempunyai tiang-tiang di sekeliling atau di bahagian tengahnya. Taman ini juga bersambungan dengan bahagian dalam bangunan.
raillandasan;relKejuruteraanTiada1. Bar yang dipasang di antara tiang-tiang atau sokong-sokong lain sebagai penghalang.,2. Bar keluli yang terletak di atas bendul silang yang berfungsi sebagai trek bagi kereta api dan kenderaan-kenderaan lain yang mempunyai roda berbebibir.,3. Manifold tekanan tinggi dalam beberapa sistem pancutan bahan api.
12345678910...

Kembali ke atas