Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiap.tiap] | تياڤ٢

Definisi : 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiap.tiap] | تياڤ٢

Definisi : 1 satu-satu drpd…; masing-masing: ~ orang mesti datang berlatih petang ini. ~ orang mempunyai perasaan. 2 berulang dr semasa ke semasa; saban: Perayaan itu diadakan ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Batang kelapa dipotong-potong,
     Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembentung,
     Bulat manusia kerana muafakat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Salah cotok melantingkan.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.

 

Lihat selanjutnya...(66)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah setiap atau tiap-tiap dan masing-masing blh digunakan dlm ayat yg sama? 1)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 2)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing. 3)Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 4) Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing.Setiap dan tiap-tiap mempunyai maksud yang sama, iaitu satu-satu daripada banyak, masing-masing.

Ayat yang paling sesuai digunakan ialah:  Setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah.

Makna21.01.2022
Mana yang betul. 1. Tiap-tiap orang pelajar atau 2. Tiap-tiap pelajar AlasannyaKedua-dua ayat boleh digunakan. Kata 'tiap-tiap' boleh digantikan dengan 'setiap'. Ayat (1) menggunakan penjodoh bilangan'orang'. Ayat ini lebih baku.Lain-lain21.07.2008
salam sejahtera, Perlukah penjodoh bilangan digunakan selepas penggunaan kata bilangan "setiap/ tiap-tiap)? Contoh ayat, 1. Setiap orang pekerja yang tidak hadir dalam aktiviti gotong-royong itu mesti memberikan surat tunjuk sebab. 2. Tiap-tiap peserta Bengkel Tatabahasa itu dikehendaki mengenalpasti struktur ayat yang salah berdasarkan hukum tatabahasa.Kata setiap atau tiap-tiap tidak perlu diikuti penjodoh bilangan, isu sebenarnya ialah sama ada kata nama yang hadir selepas kata setiap perlu didahului penjodoh bilangan atau tidak. Bagi menghasilkan ayat yang gramatis dan untuk menunjukkan bilangan kata nama perlu hadir berpasangan dengan penjodoh bilangan.Tatabahasa02.01.2013
Apakah perbezaan antara setiap dan tiap-tiap ?Setiap dan tiap-tiap mempunyai maksud yang sama, iaitu satu-satu daripada banyak, masing-masing.Makna08.01.2021
Dalam teks BM: nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya Dalam teks BI: the names and any other particulars as required by the Registrar of every Voluntary Fire Officer appointed and every Voluntary Fire Brigade registered and their fire cover Apakah padanan perkataan yang sesuai bagi 'fire cover'? Adakah 'kawasan jagaan' perkataan yang tepat dalam konteks peruntukan ini?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

fire cover - kawasan jagaan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain13.01.2022
Apakah beza antara 'suatu' dan 'sesuatu'? Terima kasih.

Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi;

Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; 

Makna17.10.2016
Tuan, adakah penggunaan dengan di bawah tepat? Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama dengan keluarganya tiap-tiap hari walaupun beliau sibuk.Ayat yang tepat ialah "Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama keluarganya tiap-tiap hari walaupun sibuk."

Penggunaan perkataan "bersama-sama" dan "dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa08.07.2013
Masing-masing membawa hadiah untuk saya. Adakah ayat ini betul? Jika tidak, bagaimana membetulkannya. Terima kasih.Ayat yang dinyatakan betul kerana masing-masing sama makna dengan tiap-tiap orang.

Tiap-tiap orang membawa hadiah untuk saya.
Tatabahasa06.05.2013
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang?

Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut:

1.   Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput.  atau: Abang mengambil upah memotong rumput  pada setiap petang.

2.  Ahli bomba memadamkan api dengan air paip.

3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh  petani yang miskin di negara ini.

  (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah  petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.)

4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya.

  (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk  keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas.  Misalnya, bunga yang telah kembang  itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang  merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ).

Tatabahasa09.04.2009
Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan yang saya tanya tempoh hari yang lepas dan jawapan yang diperoleh seperti berikut; Soalan, salam sejahtera, Perlukah penjodoh bilangan digunakan selepas penggunaan kata bilangan "setiap/ tiap-tiap)? Contoh ayat, 1. Setiap orang pekerja yang tidak hadir dalam aktiviti gotong-royong itu mesti memberikan surat tunjuk sebab. 2. Tiap-tiap peserta Bengkel Tatabahasa itu dikehendaki mengenalpasti struktur ayat yang salah berdasarkan hukum tatabahasa. Jawapan, Kata setiap atau tiap-tiap tidak perlu diikuti penjodoh bilangan, isu sebenarnya ialah sama ada kata nama yang hadir selepas kata setiap perlu didahului penjodoh bilangan atau tidak. Bagi menghasilkan ayat yang gramatis dan untuk menunjukkan bilangan kata nama perlu hadir berpasangan dengan penjodoh bilangan. Dengan hal yang demikian, adakah ini bermakna contoh ayat 1 salah dan contoh ayat 2 betul ? Bagaimanakah dengan contoh ayat ini, Setiap dua orang murid perlu membawa seringgit ke sekolah.Berdasarkan jawapan yang diberikan sebelum ini ayat yang gramatis ialah ayat pertama, Setiap orang pekerja yang tidak hadir dalam aktiviti gotong-royong itu mesti memberikan surat tunjuk sebab dan ayat  Setiap dua orang murid perlu membawa seringgit ke sekolah.Tatabahasa08.01.2013
123456789

Kembali ke atas