Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.da/] | تيدق

Definisi : tiada; bukan: Dia ~ datang bekerja hari ini kerana hari Ahad. Pejabatnya ~ jauh dr sini. ~ apa tidak menjadi hal; tidak mengapa. ~ boleh (dpt) ~ sudah tentu; mesti; pasti. ~ khabarkan diri tidak sedar (spt orang yg sedang tidur atau pengsan). ~ lain dan ~ bukan tidak lain drpd; hanya. tidak-tidak tidak dpt diterima akal; bukan-bukan atau karut; mustahil. menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. ketidak…an perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. penidakan perbuatan atau hal menidakkan. setidak-tidaknya 1 paling sedikit atau paling kurang; sekurang-kurangnya. 2 bagaimanapun keadaannya atau halnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(750)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(839)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penselnya yang hilang itu tidak berwarna merah. Penggunaan tidak di sini betul atau tidak? Kalau salah, bagaimanakah penjelasannya sebab berwarna merah itu frasa adjektifFrasa "tidak berwarna merah" tidak tepat. Ayat yang betul ialah Penselnya yang hilang itu bukan yang berwarna merah.Lain-lain30.09.2021
1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”.Tatabahasa30.01.2024
Boleh saya tahu adakah "atau tidak" diperlukan untuk ayat jenis ini. "Periksa sama ada fail sudah disalin v/s "Periksa sama ada fail sudah disalin atau tidak" - adakah "atau tidak" wajib ada dalam ayat ini kerana ayat dapat difahami walau tiadanya "atau tidak". Dan untuk teks yang formal, "atau tidak" ini menjadikan ayat tidak/kurang formal. Jika untuk padanan, contohnya "sama ada lelaki atau perempuan", "sama ada betul atau salah" maka mesti sepasang. Atau adakah pilihan lain boleh digunakan contohnya: "Periksa untuk memastikan bahawa fail sudah disalin"? Terima kasih

Ayat tersebut bertujuan memberi arahan atau perintah boleh dibetulkan seperti berikut:“Periksa dan pastikan fail tersebut sudah disalin atau belum.” Perkataan “sama ada” boleh digunakan dan perlu sesuai dengan konteks ayat, contohnya ayat yang menyatakan pilihan atau sesuatu yang tidak pasti.

Tatabahasa23.08.2021
Salam sejahtera. Adakah permulaan ayat dengan menggunakan perkataan "Contohnya" betul? Dalam ruangan soalan lazim Khidmat Nasihat Bahasa, jawapannya adalah tidak konsisten. Pada tarikh 21.02.2018, jawapannya ialah ayat yang dimulai dengan "Contohnya" adalah tidak gramatis dan tidak boleh digunakan kerana tidak didahului oleh subjek. Tetapi pada tarikh 22.02.2020, jawapannya ialah permulaan ayat dengan menggunakan perkataan "Contohnya" tidak menjadi masalah dan boleh digunakan. Begitu juga dengan sebagai contoh @ sebagai contohnya. Pada tarikh 29.04.2015, jawapannya ialah sebagai contohnya adalah betul. Tetapi pada tarikh 22.02.2020, sebagai contoh yang betul. Sila beri penerangan dan nasihat bagi masalah tersebut. Terima kasih.Perkataan "Contohnya" boleh digunakan pada permulaan ayat yang mempunyai kesinambungan dengan ayat sebelumnya. Contoh penggunaannya ialah "Rakyat Malaysia menyambut perayaan yang melibatkan pelbagai kaum. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali."Lain-lain14.04.2022
Harganya tidak seberapa mahal. Harganya tidak berapa mahal. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Harganya tidak seberapa mahal." Tatabahasa07.02.2024
Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat.
2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam.
3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan.
Tatabahasa08.10.2023
Apakah maksud perkataan seperti bawah: 1)kalau tidak rotan akar pun berguna 2)kalau tidak rotan akar pun jadi 3)bila tidak ada barang yang baik, yang buruk pun berguna pula Saya berfikir bahawa perkataan ini sepatutnya ialah peribahasa, tetapi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu tidak ada perkataan ini. Apakah maksud tiga perkataan yang seperti di atas? Bolehkah memberikan contoh ayat? Atau perkataan ini tidak ada dalam semua kamus?Peribahasa ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1900) seperti yang berikut:

rotan...
tiada rotan akar pun /berguna, jadi/ peribahasa kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga;

dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2013):

rotan... 
tiada rotan akar pun berguna (jadi) peribahasa kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga;

Contoh penggunaan:
Walaupun tidak berkereta, dia tetap ke pejabat dengan motosikalnya itu, bak kata pepatah tiada rotan, akar pun berguna.
Lain-lain02.09.2023
Boleh atau tidak frasa kerja tidak mempunyai subjek yang tersembunyi seperti ayat , "Azizah,ceraikan kau." Yang mana, kata ganti diri pertama disembunyikan daripada disebut oleh pelafaz. adakah boleh diterima penggunaan bahasa tersebut. Pada sekilas pandang seolah-olahnya Azizah telah menceraikan kau, sedangkan pelafaz bermaksud untuk menceraikan Azizah ."Azizah, ceraikan kau." Ayat ini tidak sempurna, pengguguran kata menjejaskan struktur dan makna ayat. Walau bagaimanapun, aspek lain, seperti hukum agama (jika berkaitan) perlulah dirujuk kepada pihak yang berwenang. Tatabahasa01.12.2023
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu".Tatabahasa27.04.2022
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul?

Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu"

Tatabahasa12.05.2022
12345678910...

Kembali ke atas