Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.da/] | تيدق

Definisi : tiada; bukan: Dia ~ datang bekerja hari ini kerana hari Ahad. Pejabatnya ~ jauh dr sini. ~ apa tidak menjadi hal; tidak mengapa. ~ boleh (dpt) ~ sudah tentu; mesti; pasti. ~ khabarkan diri tidak sedar (spt orang yg sedang tidur atau pengsan). ~ lain dan ~ bukan tidak lain drpd; hanya. tidak-tidak tidak dpt diterima akal; bukan-bukan atau karut; mustahil. menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. ketidak…an perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. penidakan perbuatan atau hal menidakkan. setidak-tidaknya 1 paling sedikit atau paling kurang; sekurang-kurangnya. 2 bagaimanapun keadaannya atau halnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(750)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(839)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tegang tidak, kendur tidak.Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencencang tidak memampas, membunuh tidak membangun.Melukai orang tidak didenda, membunuh orang tidak dihukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak makan benang.Tidak masuk akal; tidak benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengikat tidak bertali.Tidak mengurus isteri, tetapi tidak pula menceraikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali.Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan.Tidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan.Bekerja hanya kalau diperintah. (Bandingkan dengan: Seperti pahat dengan penukul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengebat tidak erat, memancung tidak putus.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas