Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Beranak kandung,
     beranak tiri: ada bersudu daun labu,
ada bersudu daun lalang.

Bermaksud :

Sikap yang tidak adil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHKAMAH KANGGARU

Mahkamah kanggaru ialah istilah slanga bagi

kumpulan orang yang tidak diberi kuasa, yang

menghukum sendiri sesuatu kesalahan dengan

bertindak sebagai mahkamah. Kumpulan seperti ini

selalunya mengetepikan prinsip undang-undang

dan keadilan serta mengenakan hukuman yang

tidak adil dan keterlaluan.

UMUM 
RHEE, SYNGMAN

Rhee, Syngman (1875–1965), negarawan Korea

yang memegang jawatan Presiden Republik Korea

yang pertama pada tahun 1948. Dia meletak

jawatan sebagai presiden pada tahun 1960,

walaupun dipilih semula untuk menyandang

jawatan presiden bagi penggal yang keempat. Ini

berikutan terjadinya rusuhan yang meluas

disebabkan amalan pilihan raya yang tidak adil.

UMUM 
KUMPULAN MINORITI

Kumpulan minoriti ialah sekumpulan

orang yang berbeza dalam beberapa keadaan

daripada kumpulan utama dalam masyarakat.

Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza

daripada kumpulan utama yang juga dikenali

sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan,

penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan

dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi

yang lebih besar daripada kumpulan minoriti.

Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan

mendiskriminasi kumpulan minoriti – melayan

mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota

kumpulan minoriti memiliki peluang politik,

ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding

anggota kumpulan dominan.

UMUM 
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM 
TIRANI

Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah

untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh

seorang pemerintah yang mempunyai kuasa

mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani

bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang

pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah

pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab.

Istilah tirani boleh juga digunakan untuk

merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh

pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui

kekerasan tentera atau muslihat politik.

Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat

sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan

kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan.

Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang

menggambarkan seorang atau sekumpulan orang

yang memerintah dengan kejam, menindas, atau

tidak adil.

UMUM 
SURAH AL-MUTAFFIFIN

Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

36 ayat. Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang

yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan

sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah

tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam

perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan

sukatan.

UMUM 
PRASANGKA

Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa

mengambil waktu dan usaha untuk membuat

pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu

mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa

mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana

ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang

dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota

suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang

berprasangka cenderung memutarbelitkan,

menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun

mengabaikan fakta yang bertentangan dengan

pendapat yang telah ditentukannya terlebih

dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka

mungkin percaya bahawa semua individu dalam

suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,

agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu

pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,

ataupun tamak.

UMUM 
ABU ABDULLAH

Abu Abdullah ( ? –1533?), dalam bahasa Inggeris

dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang

terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di

selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah.

Abu Abdullah juga digelar sebagai “si kerdil” dan

memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada

tahun 1482, baginda merampas takhta daripada

ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak

adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella,

pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada

dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu

Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah

hilang itu, baginda menoleh untuk melihat

kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda

berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan

kepada pelancong sebagai “keluhan terakhir Raja

Moor”. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana

baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran.

UMUM 
SUAREZ, FRANCISCO

Suarez, Francisco (1548–1617) ialah ahli

teologi Sepanyol yang agung dan pengasas

falsafah undang-undang antarabangsa. Dalam

karyanya yang masyhur, On Law, dia menentang

teori hak ketuhanan raja-raja dan memberi

penekanan terhadap keperluan persetujuan rakyat

dalam orde politik yang adil. Suarez berpendapat

bahawa idea empayar Kristian Zaman Pertengahan

tidak mungkin lagi diamalkan dengan kemunculan

pemerintahan sendiri kerajaan kebangsaan beraja.

Suarez lahir di Granada. Dia menjadi Jesuit pada

tahun 1564.

UMUM 
NABI ZULKIFLI A.S.

Nabi Zulkifli a.s.ialah salah seorang nabi

daripada nabi-nabi Allah. Nabi Zulkifli a.s. ialah

anak kepada Nabi Ayyub a.s. Nama asalnya ialah

Bashar. Allah SWT mengutusnya selepas Nabi

Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s. menamakan anaknya

Zulkifli kerana menanggung beban hasil

ketaatannya kepada Allah SWT dan dapat

mengatasinya. Nabi Zulkifli a.s. tinggal di Syam.

Nabi Zulkifli a.s. telah menjamin kaumnya demi

untuk menyempurnakan kehendak mereka dan

memerintah mereka dengan adil. Nabi Zulkifli a.s.

bukanlah nama yang disebut dalam hadith Nabi.

Orang Damsyik mendakwa makamnya terletak di

gunung Qasiyun di Damsyik. Al-Qur''an tidak

banyak menyebut namanya seperti nabi-nabi lain.

Manakala dakwah, risalah dan kaum Nabi Zulkifli

a.s. tidak dibentangkan sama ada secara ringkas

mahupun secara lengkap. Oleh itu, dinasihatkan

agar bentuk dakwah yang disampaikannya tidak

dikaji secara mendalam.

UMUM 

Kembali ke atas