Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon aktifkan perkhidmatan PRPM. Saya dapati ia tidak aktif semenjak 2 Oktober 2016. Terima KasihMasalah paparan PRPM telah pun diadukan kepada bahagian yang bertanggungjawab.  Pihak DBP memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku.Lain-lain04.10.2016
Betulkah penggunaan ayat ni: NyahaktifNyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan. Istilah17.08.2011
Assalamualaikum w.b.t. Betulkah penggunaan ayat ni: NyahaktifNyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan. Istilah17.08.2011
Assalamualaikum w.b.t Betulkah penggunaan ayat ni, "Nyahaktifkan penyelamat skrin pada komputer anda"? Terima kasih.Nyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan pada ayat tersebut asalkan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan.Istilah17.08.2011
assalammualaikum. saya ingin bertanya. pada tahun 2000 hingga 2005, saya adalah merupakan penyumbang luar bagi ruangan seni lukis/tampak dalam majalah Dewan Budaya. Tetapi sejak 2 tahun lepas saya tidak aktif lagi disebabkan baru memulakan kerjaya sebagai guru. Kini saya ingin bergiat semula dalam bidang penulisan sebagai penyumbang luar majalah Dewan Budaya. Saya ingin tahu apakah syarat-syarat dan peraturan untuk bergiat dalam penulisan ini. Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan. Sekian terima kasih.Waailaikummussalam. Memandangkan tuan telah biasa menyumbang makalah untuk Dewan Budaya, teruskanlah. Tidak ada syarat atau peraturan baharu.Lain-lain24.09.2007
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32)

Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih.

Lain-lain05.06.2009
Saya perlu mendapatkan terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk perkataan "dormant claim". Ia diperlukan untuk penerbitan ilmiah. Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan sekerja, mereka menyatakan "tuntutan terpendam" dan "tuntutan pasif" sebagai tidak sesuai dan kelihatan pelik maksudnya. Mohon bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang paling tepat.Kami mencadangkan "dormant claim" diterjemahkan sebagai "tuntutan terbiar", "tuntutan tidak aktif", "tuntutan tertangguh" atau "tuntutan tersembunyi". Untuk makluman, istilah ini juga boleh diterjemahkan sebagai "tuntutan dorman" kerana terdapat istilah "akaun dorman" (dormant account) dalam Bidang Perbankan. (Rujukan: Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan)Istilah10.11.2020
sila berikan ayat aktif, pasif, pasif songsang. ayat transitif dan ayat tak transitifMenurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif0 Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.Makna23.08.2006
Assalamualaikum These results suggest that increase time spent in sedentary behaviour was associated with poorer level of high moecular weight adiponectin while sedentary behaviour was associated with poorer health-related quaity of life among breast cancer survivors. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa yang diluangkan untuk aktiviti fizikal berintensiti sederhana hingga tinggi mempunyai hubung kait dengan peningkatan tahap serum adiponektin bermolekul tinggi (BMT) manakala tingkah laku tidak aktif mempunyai hubung kait dengan tahap kualiti hidup berkaitan kesihatan yang buruk. Terima kasih.Terjemahan bagi kenyataan bahasa Inggeris yang ditanya ialah:

Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa untuk tingkah laku sedentari
berhubung kait dengan tahap adiponektin bermolekul tinggi yang rendah manakala tingkah laku sedentari berhubung kait dengan hidup yang kurang berkualiti dalam kalangan pemandiri kanser payudara.  
Makna15.07.2018
Mohon pencerahan adakah perkataan "pembelajar" boleh digunapakai dalam frasa "murid sebagai pembelajar aktif"?Tidak ada kata terbitan "pembelajar", orang yang belajar ialah pelajar seperti "pelajar aktif".Tatabahasa03.02.2017
12345678910...

Kembali ke atas