Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil disorderkekacauan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan sosial yang tidak aman disebabkan oleh penentangan politik yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam sesebuah negara ekoran daripada rasa tidak puas hati terhadap dasar atau keputusan yang diambil oleh kerajaan. Kebiasaannya kekacauan awam merupakan penentangan politik yang melibatkan kemusnahan harta benda dan gangguan masyarakat seperti pembakaran kenderaan, kedai, bangunan dan dalam keadaan tertentu melibatkan kehilangan nyawa. Dalam erti kata lain, kekacauan awam boleh dilihat sebagai satu bentuk bantahan politik yang bersifat di luar batasan perlembagaan. Contohnya, negara Albania pada tahun 1993 telah mengalami kekacauan awam akibat rusuhan rakyat apabila mengetahui kerajaan telah menggelapkan wang simpanan pekerja untuk kepentingan golongan elit yang memerintah.
quiscentkuisenPerubatanTiadaKeadaan diam, tenang, aman atau tidak aktif.
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.
abstentionberkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.
provisional governmentkerajaan sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hanya untuk sementara waktu sama ada kerana masih tidak boleh mcmbentuk kerajaan rasmi atau masih dalam pelarian atau buangan ataupun sementara menanti keadaan menjadi aman setelah berlaku kacau-bilau dalam sesebuah negara. Kerajaan ini dibentuk sebagai memenuhi keperluan wujudnya pemerintah untuk mentadbir negara tetapi tidak menjadi kerajaan yang popular. Kerajaan ini hanya menjalankan urusan pentadbiran bagi tempoh tertentu. Contohnya, kerajaan sementara Korea telah dibentuk di Shanghai pada tahun 1919 oleh pejuang nasionalis Korea yang sangat patriotik kerana negara tersebut sedang dikuasai oleh Jepun.
equilibriumkeseimbanganSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan aman, seimbang dan normal dalam sesebuah masyarakat tanpa sebarang konflik. Keadaan ini digambarkan dalam pendekatan fungsionalisme yang melihat semua bahagian dalam masyarakat itu menjalankan fungsi masing-masing tanpa wujudnya konflik. Dalam konteks teori permainan, satu pihak itu tidak akan menukar strateginya atau melakukan sesuatu tindakan yang berbahaya dan begitu juga dengan musuhnya kerana keadaan keseimbangan yang sedang wujud itu tidak mengancam kedudukan politik mereka. Pengekalan strategi masing-masing akan mengekalkan keadaan seimbang yang tidak merugikan mana-mana pihak.
Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN))Zon Aman, Bebas dan BerkecualiSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep zon yang disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. Konsep ini telah mendapat sokongan negara serantau yang merupakan salah satu cita-cita ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai zon yang bebas daripada campur tangan pengaruh luar. Proses pengecualian menekankan supaya setiap negara saling menghormati kedaulatan antara satu sama lain. Negara di rantau ini tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang mengancam keselamatan sesebuah negara lain. Konsep ini juga merupakan satu mekanisme untuk menjauhkan campur tangan kuasa besar dalam hal ehwal politik negara ASEAN. Sinonim ZOPFAN.
civil disobediencekeingkaran awamSains PolitikPolitik PerbandinganTentangan atau bantahan politik yang diwujudkan oleh rakyat terhadap kerajaan yang berasaskan kepada prinsip moral. Bantahan ini tidak melibatkan unsur pertentangan fizikal antara rakyat dengan pihak kerajaan tetapi diluahkan secara aman dan teratur seperti mogok, piket atau demonstrasi. lstilah ini pertama kali digunakan oleh seorang pemikir politik Inggeris iaitu H.D. Thoreau (1849) dan Mahatma Gandhi pula merupakan tokoh yang menjadikan pendekatan ini sebagai realiti dalam usaha beliau menentang penjajahan lnggeris di India. Salah satu gerakan bantahan yang dilancarkan oleh Gandhi ialah Perarakan Dandi pada tahun 1930-1931.
disputed territorywilayah sengketaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKawasan yang dituntut oleh dua atau lebih negara. Negara yang menuntut lazimnya tidak mempunyai kedaulatan yang jelas terhadap wilayah ini. Persengketaan berebut wilayah pernah membawa kepada penggunaan kekerasan seperti Peperangan Falkland tetapi mengikut undang-undang antarabangsa, ia hendaklah diselesaikan secara aman seperti kes Batu Putih. Contoh lain ialah Kepulauan Spratly yang dituntut oleh Brunei, Filipina, Malaysia, Republik China (Taiwan), Republik Rakyat China dan Vietnam.
safe districtkawasan selamatSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang dianggap berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi masalah politik atau keganasan. Kawasan seperti ini memperlihatkan hubungan kaum yang baik, kadar jenayah yang rendah dan kedudukan persaingan politik yang minimum. Kawasan ini juga bebas daripada sebarang gerakan subversif seperti cubaan pemberontakan dan gerakan pemisah. Contohnya, Vatican City merupakan kawasan selamat di Itali. Sinonim kawasan aman.
12

Kembali ke atas