Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
destructive testingujian musnahKejuruteraanKejuruteraan BangunanKaedah pengujian bahan atau struktur untuk menentukan ciri-ciri kekuatannya secara langsung. Kaedah ini boleh mencacatkan tekstur permukaan atau merosakkannya akibat daripada proses penerasan. Salah satu ujian musnah yang tidak asing lagi ialah ujian teras konkrit. Melalui ujian ini, sampel teras konkrit diperolehi daripada anggota struktur dengan cara menggerudi, dan ini akan meninggalkan lubang sebesar di antara 50 mm hingga 100 mm pada struktur berkenaan.
non-destructive testingujian tanpa musnahKejuruteraanKejuruteraan BangunanUjian yang dilakukan tanpa memusnahkan bahan yang diuji oleh kerana pengukuran yang dibuat menggunakan gelombang ultrabunyi. Ujian halaju denyut ultrabunyi (PUNDIT) dan ujian tukul pantul Schmidt merupakan contoh ujian tanpa musnah yang sudah tidak asing lagi.
guard catalystmangkin pengawalKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin yang murah atau yang telah tidak aktif lagi dan tidak sesuai untuk tindak balas seterusnya yang ditempatkan di bahagian suapan sesuatu reaktor untuk membersihkan suapan daripada sebarang benda asing yang mungkin akan meracun mangkin baru di dalam reaktor.
act of wartindakan perangSains PolitikHubungan AntarabangsaMenurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah.

Kembali ke atas