Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tongue tiedlidah terekatSains KesihatanTiadaKecacatan fizikal pada lidah, iaitu akar lidah tidak bebas.
program flawkepincangan atur caraTeknologi MaklumatPerisianAtur cara yang tidak sempurna, contohnya tidak mengikut spesifikasi pengguna, tidak bebas daripada sebarang ralat atau tidak berfungsi dengan baik.
octastichastabarisKesusasteraanPuisiSesebuah puisi atau sajak yang pembentukannya terdiri daripada lapan baris a b a b a b dan c c. Dalam puisi moden, rima hujungnya adalah bebas, tetapi tidak bebas pada puisi pantun lapan kerat yang lazimnya terikat dengan pola, seperti contoh di bawah. Orang belayar dalam perahu, Haluan menuju ke Batu Bara, Sarat bermuat kain kapas, Kapas dibawa dari barat; Kasih tuan hambalah tahu, Bagai orang menggenggam bara, Rasa hangat tidak dilepas, Begitu benar kias ibarat.
ionionKimiaTiadaAtom atau molekul yang kehilangan elektron atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom atau molekul kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom atau molekul menerima elektron. Ion positif disebut kation dan ion negatif disebut anion. Ion tidak bebas bergerak dalam keadaan pepejal tetapi bebas bergerak dalam keadaan lebur atau di dalam larutan. Misalnya, klorida, CI-, nitrat, NO3-, natrium, Na+ dan ammonium, NH4+. Lihat juga anion, kation.
free-free absorptionpenyerapan bebas-bebasMatematikTiadaProses penyerapan yang berlaku apabila satu elektron bebas yang tidak terikat kepada atom atau ion menyerap satu foton sinaran dan berpindah menjadi tenaga yang lebih tinggi: perbezaan antara tenaga elektron akhir dengan tenaga elektron awal bersamaan dengan tenaga foton.
vassal-statenegeri IindunganSains PolitikPolitik PerbandinganNegeri yang berada di bawah perlindungan satu kuasa besar. Negeri ini memiliki kerajaan dan pemerintahan sendiri tetapi ikatan dengan kuasa besar meletakkannya dalam kedudukan subordinat dan kedaulatan yang tidak mutlak. Pergerakan negeri ini sentiasa diawasi oleh penaungnya dan ia tidak bebas bertindak seperti negara lain. Contohnya, kedudukan Kedah, Kelantan dan Terengganu pada abad ke-18 di bawah pemerintahan Siam merupakan kedudukan yang bersifat negeri lindungan.
freebebasPerubatanTiadaTidak terikat pada sesuatu, misalnya organisma yang hidup bebas, tidak sebagai parasit atau simbiosis.
freebebasKejuruteraanTiadaTidak terikat pada sesuatu, misalnya organisma yang hidup bebas, tidak sebagai parasit atau simbiosis.
civil service neutralitykeberkecualian perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh.

puppet regimerejim bonekaSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat.
12345678910...

Kembali ke atas