Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Mengkarak airnya beku,
     Anak pasung saya tekankan;
Kalau hendak tidak begitu,
     Kalau lambat saya pesankan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali.
Kurik Kundi Merah SagaMengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan.
Kurik Kundi Merah SagaOranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai.
Kurik Kundi Merah SagaCelagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu.
Kurik Kundi Merah SagaNak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu.
Kurik Kundi Merah SagaAda rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap.
Kurik Kundi Merah SagaTelaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka.
Kurik Kundi Merah SagaSagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu.
Kurik Kundi Merah SagaKereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu.

Kembali ke atas