Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kalau benar janganlah tidak,
     Hendak mengail jauh ke darat;
Kalau tidak kerana kehendak,
     Janganlah saya jadi melarat.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bau busuk tidak berbangkai.

Bermaksud :

Celaan (fitnah dan sebagainya) yang tidak benar.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih.

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

Lain-lain19.02.2010
Salam, Adakah benar tidak ada penambahan 3 imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Contohnya, mempertahankan, memperkemaskan, memperindahkan, mempersaudarakan dan lain-lain lagi. JIka tidak benar, apakah prinsip atau rumus untuk mengetahui bahawa terdapat 3 penambahan imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Terima kasih.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, terdapat apitan kata kerja mempeR-...-kan. Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "mempeR-...-kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan (kata kerja), memperisterikan, memperbudakkan (kata nama) dll.   Apitan mempeR-...-kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan mempeR-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208. 

Tatabahasa10.12.2010
I heard DBP is giving out RM20,000 to individual for book publishing. May I request for details of applying for it please?Berita ini tidak benar. DBP tiada peruntukan untuk perkara ini.Lain-lain02.05.2011
Bolehkah ayat dangkal diguna untuk menggantikan perkataan bantah? Contoh ayat: "Ini tidak benar!" dangkalnya.Penggunaan perkataan "dangkal" untuk menggantikan perkataan "bantah" dalam ayat yang berkenaan tidak boleh digunakan. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna/maksud yang berbeza.Tatabahasa08.01.2011
Apakah perbezaan antara salah dan silap?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, salah bermaksud tidak benar atau tidak betul. Contoh ayat, Dia tidak boleh membezakan antara yang salah dan benar manakala silap pula bermaksud salah yang tidak disengajakan. Contoh ayat, Kalau saya tidak silap, semalam dia ada datang ke mari.Lain-lain14.08.2021
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ATAUPUN (B)kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Apakah perbezaan antara KESILAPAN dengan KESALAHAN?Kedua-dua ayat (A) dan (B) betul. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna silap ialah tidak salah, tidak disengajakan; manakala makna salah ialah tidak benar, tidak betul. Kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Kesalahan dimaksudkan sebagai tidak benar, tidak tepat, tidak betul, menyalahi hukum. Makna10.06.2011
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Salam, apakah perbezaan antara "karut" dengan "mengarut". Bolehkah penerangan diberikan dari segi penggolongan kata (seperti kata nama, kata kerja/kata adjektif) dan contoh penggunaan dalam ayat selain daripada contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih.Karut ditakrifkan sebagai tidak benar (berkenaan cerita, berita dan lain-lain); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. Karut tergolong dalam perkataan kata adjektif. Contoh ayat; Semua cerita yang disampaikan oleh Tuan Mansor karut.

Mengarut pula ialah bercakap karut atau bohong. Mengarut tergolong dalam perkataan kata kerja. Contoh ayat; Kita seharusnya bersedia agar tidak mengarut dalam menjawap peperiksaan.
Tatabahasa16.04.2013
Tuan, harap dapat nyatakan bila berlakunya KESILAPAN BAHASA dan KESALAHAN BAHASA? Bagaimana pula KESILAPAN ATAU KESALAHAN TINGKAH LAKU?Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, makna kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Contoh Ayat: Kalau saya tidak silap, umurnya baru 30 tahun. Kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah, iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul. Kesalahan tingkah laku, iaitu perbuatan yang menyalahi hukum.Tatabahasa12.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas