Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum... soalan 1 saya ingin bertanya maksud perkataan yang tidak terdapat dapat kamus Dewan 1) Babarisme 2)uca (cth ayat dalam sajak : Siapa mungkin mengutip kuasa uca) soalan 2 yang mana lebih sesuai? Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima Kasih

1. Barbarisme bermaksud cara atau perbuatan yang tidak beradab.

2. Kata "uca" yang ditemui dalam pangkalan data kami ialah terjemahan head start dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang sukan. Berdasarkan ayat contoh he was given a head start in the race, head start atau uca dalam bahasa Melayu boleh membawa maksud kelebihan.

Makna29.06.2011
apakah terjemahan bagi istilah 'fine-dining' dan 'fine-dining restaurant". Adakah 'makan beradab' dan 'restoran mewah' boleh digunakan?Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dan fine-dining restaurant dalam sumber rujukan kami. Tidak ada terjemahan makan beradab ke bahasa Inggeris kerana makan beradab diketahui wujud dalam budaya Melayu dan lazimbnya bentuk-bentuk budaya ini dikekalkan penggunaannya. Satu contoh penggunaan restoran mewah yang terdapat dalam Kamus Inggeris Dewan ialah posh restaurant bukan fine-dining restaurant.Istilah17.09.2010
Apakah persamaan dan perbezaan di antara “sopan” dan “susila”?Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

i. Sopan
 - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib  
 - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab
 - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur)

ii. Susila
 - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib

Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini 
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila
Makna08.11.2020
Saya ingin bertanya beberapa soalan, soalan-soalan ini ditanya dalam konteks kami ingin membuat skrip untuk teater Puteri Saadong: 1. Adakah "Ampun tuanku" digunakan sebagai tanda hormat kepada Puteri juga atau hanya digunakan untuk raja/sultan? Jika tidak, apakah ayat yang akan digunakan untuk menunjukkan tanda hormat rakyat kepada Puteri sebelum mula berbicara dengan seorang Puteri? 2. Bagaimanakah seorang rakyat membahasakan dirinya apabila berbicara dengan Puteri? 3. Apakah panggilan yang akan digunakan oleh seorang rakyat untuk memanggil Puteri apabila berbicara dengan Puteri? Adakah rakyat akan membahasakan Puteri sebagai "tuanku" atau "puteri" sahaja apabila berbicara dengan Puteri? Terima kasih.
Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini dengan Bahagian Istiadat, Istana Negara atau merujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. 
Lain-lain05.07.2023
Pertanyaan ini berkaitan dengan imbuhan pinjaman daripada bahasa asing. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 309 di bawah tajuk 'imbuhan daripada Arab-Parsi' dinyatakan cuma satu sahaja, iaitu awalan bi- yang diambil daripada Parsi. Sebenarnya Parsi yang sekarang ini ialah Iran bukan dalam kalangan negara Arab. Imbuhan bi atau be (e taling) pada mereka memang benar membawa maksud tidak seperti perkataan bewafa (tidak setia) tetapi bi- dalam bahasa Arab membawa maksud dengan (kata sendi nama) dan tidak pernah membawa maksud tidak seperti bi + adab = biadab. Dalam bahasa Arab bila dikatakan bi al-adab, membawa maksud secara beradab atau dengan adab bukannya secara tidak sopan. Harap pihak tuan dapat menjelaskan kemusykilan ini.Maklumat dan pertanyaan tuan ini perlu kami rujuk pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu para penyusun buku Tatabahasa Dewan. Maklumat yang diperoleh akan kami e-melkan kepada pihak tuan. Kami berusaha mendapatkan maklumat yang tersebut dengan kadar yang segera.Lain-lain18.08.2015

Kembali ke atas