Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaOrang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga.
Kurik Kundi Merah SagaBunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh disinar bulan, Dahannya repih membawa buah; Berapa jauh antara badan, Hatiku kasih tidak berubah.

Kembali ke atas