Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertepuk sebelah tangan. | Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Koyak tak berbunyi. | Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang. | Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |