Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bumpyhentakanAeroangkasaTiadaSatu keadaan yang tidak stabil dalam penerbangan disebabkan arus udara yang bergelora.,Satu keadaan yang tidak stabil dalam penerbangan disebabkan arus udara yang bergelora.
inquietoinquietoMuzikTiada

 Gaya bergelora serta perasaan yang tidak tenteram.

Bhakti poetrypuisi BhaktiKesusasteraanTiadaPuisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada orang lain. Bhakti berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud �amal soleh dan pengabdian�.
air pocketpoket udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang yang berisi udara dalam sesebuah bekas cecair. Udara terperangkap dalam cecair tersebut kerana terdapat halangan atau keadaan bentuk dalaman bekas yang boleh memerangkap udara. Udara juga mungkin terperangkap kerana kelikatan bendalir terlalu tinggi sehingga menyebabkan udara tidak dapat dibebaskan. 2. Kawasan ruang udara atmosfera yang bertekanan rendah dan menyebabkan pengurangan daya angkat secara tiba-tiba. Keadaan ini sering berlaku di laluan kapal terbang yang mempunyai pergerakan udara yang bergelora dan menyebabkan tekanan ruang udara jatuh dan menjadikan tekanan rendah daripada tekanan persekitaran.

Kembali ke atas