Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sungguh rapat belimbing berbuah,
     Dipetik budak waktu pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
     Tanduk tidak berguna lagi.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sudah dapat gading bertuah,
     tanduk tidak berguna lagi.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cabuk IV1. buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya; 2. bp rendah kedu­dukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dsb): aku hanyalah seorang pegawai ~; 3. rendah nilainya atau kurang bermutu (bkn sesuatu benda): aku naik kereta ~ saja, lainlah engkau.Kamus Dewan Edisi Keempat
sepah tembakauKl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat;Kamus Dewan Edisi Keempat
terlanting1. terbuang, terlantar; 2. ki sudah tidak berguna lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bejat1. Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
fail datuk(grandfather file)Fail yang telah diarkibkan dan disimpan untuk tempoh yang panjang sebelum dianggap tidak berguna lagi.Kamus Komputer
kitar hayat perisian(software life cycle)Masa hayat bungkusan perisian komputer, bermula dari fasa pembentukannya sehingga ia tidak berguna lagi. Kitar ini bermula dengan fasa keperluan sistem, diikuti keperluan perisian, reka bentuk keseluruhan, reka bentuk khusus, penjanaan komponen, pengujian komponen, persepaduan, pengujian sistem, penyebaran, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan.Kamus Komputer
Quran burukki sesuatu yg tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapuk1 buruk (terlalu lama) dan ditumbuhi cendawan; reput. 2 ki tidak berguna lagi kerana terlalu lama (bkn adat dll); usang: kepercayaan yg ~. berlapuk ditumbuhi cendawan dan buruk; bercendawan (kerana sudah tua atau buruk): Kasut kulitnya ~ kerana tidak pernah digosok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lapuk1. buruk (terlalu lama) dan ditumbuhi cendawan; reput. 2. ki tidak berguna lagi kerana terlalu lama (bkn adat dll); usang: kepercayaan yg ~. berlapuk ditumbuhi cendawan dan buruk; bercendawan (kerana sudah tua atau buruk): Kasut kulitnya ~ kerana tidak pernah digosok.Kamus Pelajar
QuranAr = al-~ kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat): membaca dan menghafaz ~; ~ buruk ki sesuatu yg tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas