Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Ingat-ingat yang di atas,
     yang di bawah akan menimpa.

Bermaksud :

Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan?Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan.Tatabahasa31.01.2015
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH.Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik:
1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati.
    b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang.


2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."

Tatabahasa09.05.2014
Adakah penggunaan perkataan ‘mempelajari’ dalam ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sejak hari itu, Farid mempelajari bahawa dia tidak perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya. 2. Mereka telah mempelajari bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan mempelajari membawa maksud belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, ayat yang lebih betul adalah seperti yang berikut:

1. Sejak hari itu, Farid menyedari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.
2. Mereka memaklumi bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.
Tatabahasa16.10.2020
Maaf, terdapat kesilapan dalam ayat yang dihantar. Adakah penggunaan ‘mempelajari’ digunakan dengan betul dalam ayat ini: 1. Sejak hari itu, Farid mempelajari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.Baik puan. Berikut merupakan jawapan untuk soalan sebelum ini:


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan mempelajari membawa maksud belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, ayat yang lebih betul adalah seperti yang berikut:

1. Sejak hari itu, Farid menyedari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.
2. Mereka memaklumi bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.
Tatabahasa16.10.2020
Para pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati semasa menggunakan laluan yang sedang dipulih itu. munsyi, adakah laluan salah dalam ayat ini? TQLaluan bermaksud jalan yang dilalui dan penggunaannya tidak gramatis dalam ayat tersebut.Tatabahasa15.02.2012
Tuan, saya faham bahawa: Dalam frasa 'dengan teliti' , perkataan 'teliti' ialah kata adjektif. Dengan berdasarkan rumus tatabahasa, kata adjektif tidak boleh hadir selepas kata sendi nama. Untuk menangani masalah ini, panel penulis Tatabahasa Dewan telah memasukkan kata pembenda -nya sebagai kata tugas dalam bahasa Melayu.Kata pembenda :-nya :ialah kata tugas yang menjadikan perkataan yang bukan kata nama sebagai kata nama. Oleh hal yang demikian, frasa 'dengan teliti' perlu dibetulkan menjadi 'dengan telitinya'. Bagaimanakah pula dengan perkataan seperti berikut : 1. dengan berhati-hati atau dengan berhati-hatinya. 2. dengan tertib atau dengan tertibnya 3. dengan bersungguh-sungguh atau dengan bersungguh-sungguhnya Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Penggunaan frasa yang betul ialah “dengan telitinya”, “dengan berhati-hati”, “dengan tertibnya” dan “dengan bersungguh-sungguhnya”. Dalam frasa “dengan berhati-hati”, kata pembenda tidak digunakan kerana perkataan “berhati-hati” bukan kata adjektif, sebaliknya kata kerja.  Tatabahasa30.06.2022
Tuan / Puan yang dihormati, Adakah perkataan 'kecelakaan' tidak sesuai digunakan untuk bina ayat? Contohnya, Kita haruslah berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya. Adakah celaka perkataan yang kasar? Terima kasih.Kecelakaan dari kata dasar celaka tetapi membawa makna baharu, iaitu kemalangan. Kecelakaan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa04.04.2017
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu? 2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah. 3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan. 4. Wartawan melaporkan kejadian yang mengorbankan lapan belas orang. Terima kasih.Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu?
2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah.
3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan.
4. Wartawan melaporkan kejadian yang telah mengorbankan lapan belas orang.
Tatabahasa19.08.2021
salam, boleh tidak menggunanakan perkataan "antara" pada permulaan ayat?Antara boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanpun saudara perlu berhati-hati apabila menggunakan perkataan antara pada permulaan ayat, tidak boleh diikuti oleh kata ganda seperti Antara isu-isu yang dibincangkan..., sebaliknya yang betul ialah Antara isu yang dibincangkan.... Tatabahasa02.03.2012
123

Kembali ke atas