Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Ingat-ingat yang di atas,
     yang di bawah akan menimpa.

Bermaksud :

Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wild catkucing liarVeterinarTiadaKucing yang tidak pernah mempunyai hubungan dengan manusia sepanjang hidupnya. Kucing liar masih dijumpai di sebahagian besar dunia tetapi jarang ditemui kerana mereka sangat berhati-hati terhadap manusia. Terdapat pelbagai populasi kucing liar di seluruh dunia termasuklah kucing liar Eropah dan kucing liar Afrika.
observer paradoxparadoks pemerhatiSosiolinguistikTiadaPerihal keadaan informan apabila tidak dapat memberikan maklumat bahasa secara bersahaja akibat rakaman. Rakaman ini seolah-olah sebagai gangguan dan informan akan bercakap dengan lebih berhati-hati.
zero order kinetickinetik tertib sifarPerubatanTiadaCiri farmakokinetik sesuatu ubat setelah kadar metabolismenya mencapai tahap tepu, di mana pertambahan paras ubat tidak diikuti oleh pertambahan kadar metabolismenya. Dalam keadaan ini, sedikit penambahan dos ubat akan meningkatkan paras ubat darah dengan banyak. Oleh itu, pengamal perubatan perlu lebih berhati-hati dalam menambahkan dos ubat yang mempunyai sifat kinetik sedemikian. Contoh ubat ialah Phenytoin dan Theophylline. Sinonim kinetik ketepuan.
zero order kinetickinetik tertib sifarFarmasiFarmakologiCiri fannakokinetik sesuatu drug setelah kadar metabolismenya mencapai tahap tepu. Pada tahap ini,pertambahan paras drug tidak akan diikuti oleh pertambahan kadar metabolismenya. Dalam keadaan ini, sedikit penambahan dos drug akan meningkatkan paras drug dalam darah dengan banyak. Oleh itu, pengamal perubatan perlu lebih berhati-hati untuk menambah dos drug yang mempunyai sifat kinetik sedemikian. Contoh drug yang mempunyai ciri ini ialah fenitoin dan teofilina
manufacturing imperfectionsketaksempurnaan pembuatanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat rupa yang terjadi semasa pembuatan hasil kayu, seperti ira timbul, ira koyak, langkau ketam, variasi dalam kerja menggergaji dan mengetam, ketebalan tak sekata, kesilapan memadan kayu, rentung mesin dan ketakcukupan lidah lurah.. Kesemua cacat tersebut berlaku akibat pembuatan yang kurang berhati-hati atau akibat penggunaan mesin yang tidak sempurna.
chlorpromazine hydrochlorideklorpromazina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C17H13CIN2S.HCI; nama dagang, Largactil. Serbuk berhablur berwarna putih, larut dalam air, alkohol dan kloroform, tetapi tidak larut dalam eter. Ubat yang digunakan sebagai penenang dan antiloya untuk merawat penyakit psikosis, rasa loya dan muntah yang teruk, dan sedu yang tak terkawal. Ubat ini meningkatkan kesan ubat lain. Oleh itu, penggunaannya semasa ketoksikan akut akibat antihistamina, alkohol, barbiturat atau morfina hendaklah dengan berhati-hati. Kesan sampingan ubat ini termasuk pening, apati, pucat, insomnia, sembelit dan rabun penglihatan.
conflictkonflikSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan secara sedar dan langsung antara individu atau kelompok kerana sesuatu kepentingan. Pertentangan melahirkan sifat permusuhan dan segala usaha dibuat untuk mengatasi pihak lawan. Pendekatan ini melihat masyarakat sebagai sarat dengan konfIik dan ia bukan sahaja merupakan satu ciri normal sebaliknya boleh membawa perubahan dan pembangunan kepada masyarakat. Ketiadaan konfIik hanya menjadikan masyarakat statik dan mundur. Dalam konteks politik pula, konflik sering melibatkan persaingan merebut kuasa dan kejayaan menjatuhkan lawan. Secara amnya konflik dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu pertikaian, ketegangan, krisis dan peperangan. Pertikaian merupakan tahap konflik permulaan yang masih belum serius. Kegagalan menyelesaikan pertikaian akan mewujudkan keadaan ketegangan yang menimbulkan tindakan berhati-hati di kedua-dua belah pihak. Krisis pula merupakan tahap konflik yang lebih serius walaupun masih tidak melibatkan persentuhan fizikal. Peperangan merupakan kemuncak kepada konflik yang melibatkan pertembungan fizikal, kehilangan nyawa, harta benda dan kemusnahan. Bagi golongan realis, konflik dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia yang tidak dapat dielakkan sementara bagi golongan idealis, konfik dilihat sebagai suatu fenomena yang negatif dan boleh dihindarkan. Sarjana sosial seperti Karl Marx, Dahrendorf dan Coser telah mengembangkan istilah konflik kepada satu konsep atau pendekatan yang penting dalam menjelaskan fenomena sosial.
metrical fillerspengisi matrisKesusasteraanTiadaSuku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�.

Kembali ke atas