Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat.

Bermaksud :

Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Adik manis memakai tudung, Berbaju tebal menahan dingin; Tidak berilmu ibarat gelembung, Ke sana sini membawa angin.Pantun Melayu SarawakIlmu
Andainya gelap tidak berlampu, Tentulah takut membawa peti; Andainya hidup tidak berilmu, Tentulah perut tiada berisi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila pelita tidak bersumbu, Tidakkan dapat dibuat suluh; Apabila dada tidak berilmu, Banyaklah sifat tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau perahu tak ada pedoman, Tidak siang malam kan larat; Kalau berilmu tidak beriman, Banyak orang karam di darat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Untuk apa meramu samak, Kalau tidak sama pangkalnya; Untuk apa berilmu banyak, Kalau tidak ada amalannya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas