Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat.

Bermaksud :

Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak akan berwap nasi dingin.Orang yang tidak berilmu tidak mungkin mengajar orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat.Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok.Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada itik yang bertengger.Pekerjaan-pekerjaan yang besar dan sukar tak akan dapat dilakukan oleh orang yang tidak berilmu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak.Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas