Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Apa guna kepuk di ladang,
     Jikalau tidak berisi padi;
Kusangka panas sampai ke petang,
     Rupanya hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecek anak Melaka.

Bermaksud :

Cakap tinggi tetapi tidak berisi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Sudahlah periuk tidak berisi Terbuang pula isi belanga; Sudahlah teruk digasak bini, Ditentang pula oleh mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk tidak berisi, Anak menangis terbuntang lapar; Sejak beruk kematian bini, Banyaklah gadis datang melamar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dapat udang di tepi paya, Kerana lukah tidak berisi; Teringat abang hati kecewa, Kerana sudah lepaskan janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa guna mandi berenang, Bila berjalan menepi-nepi; Apa guna pergi meminang, Bila tangan tidak berisi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Sudahlah sampai tidak berisi, Ditambah pula perahu bocor; Sudah pesan tidak dinanti, Ketika bersua tidak menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mengapa makan tidak bernasi, Kerana periuk belum dijerang; Mengapa badanku tidak berisi, Kerana mabuk menunggu abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas