Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tidak Berjaya untuk Mendaftar Sebagai Penyelidik Korpus DBP Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengetahui sama ada masalah pendaftaran Korpus DBP telah diperbaiki. Hal ini demikian kerana saya telah cuba mendaftar sejak March tetapi sering menghadapi kegagalan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.Harap maaf, sistem Korpus DBP sedang mengalami masalah teknikal dan masalah tersebut sedang ditangani oleh Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.04.2011
Salam Sejahtera. Saya telah berusaha mencari jawapan untuk soalan ini namun tidak berjaya. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Bolehkah perkataan 'dana' digunakan sebagai kata kerja seperti 'mendanai'? Jika begitu betulkah penggunaan perkataan 'pendana' untuk merujuk kepada orang yang mengeluarkan dana?Untuk makluman tuan, dana merupakan kata nama. Perkataan "dana" boleh menerima menerbitkan perkataan lain seperti pendana dan mendanai tetapi penggunaan telah mantap sekiranya menggunakan pemberi dana dan memberi dana.Tatabahasa19.11.2013
makna perkataan pengurusan pembayaran.Telah masuk dalam carian kata tapi carian tidak berjaya kerana tiiada rekod.Pengurusan ialah perihal (kerja, dan sebagainya) mengurus sesuatu, atau perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan sebagainya). Oleh itu, 'pengurusan pembayaran' bermakna perihal mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran.Makna26.12.2007
saya sudah beberapa kali menggunakan analisis kata untuk menjana kekerapan perkataan tetapi setakat ini tidak berjaya. mohon bantuan/penjelasan. terima kasih. dr hajar abdul rahim birmingham, uk.Untuk makluman Dr., lazimnya apabila telah berdaftar dengan sistem korpus DBP, Dr. boleh mencapai sistem korpus dan mendapatkan input daripada sistem berkenaan. Walau bagaimanapun jika terdapat masalah dengan sistem berkenaan, Dr. boleh menghubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP atau pegawai yang terlibat dalam pendokumentasian data korpus, iaitu Puan Chin Lee Yim melalui e-mel chin@dbp.gov.my.  Lain-lain14.11.2010
1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih.1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar.
2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan.
3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya.
Tatabahasa14.07.2012
Bagaimana cara saya ingin membuat permohonan Pantau Bahasa untuk tujuan pengiklanan bunting kepada Pihak Bandaraya? Saya tidak Berjaya menemui Carta Alir bagi permohonan Pantau Bahasa. Mohon penjelasan dari pihak Tuan/Puan.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, tuan boleh membuat carian melalui Google.Lain-lain15.11.2016
BAGAIMANAKAH EJAAN YANG BETUL UNTUK PERKATAAN PASCASISWAZAH DAN PASCADOKTORAL ? SAYA TELAH MENCARINYA DALAM "CARIAN KATA" TETAPI TIDAK BERJAYA. TERIMA KASIHEjaan yang betul ialah pascasiswazah dan pascakedoktoran.Ejaan25.11.2008
Assalamualikum... Bagaimana saya hendak mencari bahan sastera secara on line... saya dah cuba masuk melalui arkib... tapi tidak berjaya... Tolonglah saya dalam hal ini.. terima kasih

Apakah bahan sastera yang dimaksudkan? Kebanyak pendokumentasian dibuat dalam bentuk salinan cetak, saudara boleh kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain yang berhampiran untuk mendapatkan bahan yang diperlukan.

Sastera24.06.2011
Ummu Salamah Zubir JUM 10.05 PTG Salam DBP. Saya hendak mengakses pada laman web anda pada hari ini tetapi tidak berjaya. Adakah terdapat masalah pada laman web?Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017.Lain-lain19.05.2017
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan 'penjaring' digunakan untuk 'pemain yang cuba menjaringkan gol tetapi tidak berjaya' atau hanya digunakan untuk 'pemain yang telah berjaya menjaringkan gol' ataupun kedua-dua pun boleh? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penjaring ialah orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak.
Lebih sesuai menggunakan perkataan pemain jika belum menjaringkan gol.
Tatabahasa03.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas