Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Baiklah baik berjalan-jalan,
     Kalau takut bawalah teman;
Alangkah merpati berpasang-pasangan,
     Mengapa orang tidak berkawan.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Yang seorang tidak bersampan, Sampan ada tebing seberang; Hendak berkawan tidak berkawan, Kawan sudah diambil orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jika mudik tidak berkawan, Manakan orang mahu berhenti; Jika adik tidak berpesan, Manakan abang mahu ke mari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau berjalan tidak cermat, Lambat-laun kaki terpuruk; Kalau berkawan tidak ingat, Lambat-laun pasti beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tabiat Melayu suka berkawan, Supaya hidup tidak berseteru; Sepakat Melayu seiring jalan, Selama hidup tidakkan malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hutan rimba sudah diredah, Ada balak orang yang punya; Kalau berkawan penagih dadah, Tidak menagih terkena jarumnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tidak jadi padi Terengganu, Anak denak berkawan tiga; Tak jadi dengan cik anu, Hari besok berbesan juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak makan tidak berikan, Lundu-lundu makan juga; Hendak berjalan tiada berkawan, Hati rindu ditahan juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas