Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infinity of the universeketakterhinggaan alam semesta/infiniti alam semestaMatematikTiadaAlam semesta ini dipercayai tidak berkesudahan kerana terdapat teleskop yang lebih besar melihat lebih jauh lagi dan dapat menyingkap lebih banyak galaksi di kawasan yang lebih jauh.
ideographideografKesusasteraanTiadaTanda atau gambar yang digunakan dalam sistem tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, aksi, benda dan sebagainya, yang lebih utama berbanding perkataan. Dalam novel berjudul Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, sangkar yang digunakan untuk mengurung Jeha, menyimpan alat-alat untuk mengerjakan sawah, dan menyimpan padi yang telah dituai boleh dianggap sebagai ideograf. Tujuannya untuk menyampaikan idea keterjebakan keluarga Lahuma dalam suatu kemelut kemiskinan (sebagai petani) yang tidak berkesudahan. Tulisan Cina dan Jepun dikatakan menggunakan bentuk ideograf. Ideograf berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �tanda peribadi�. Ideograf dikenali juga sebagai ideogram.
deconstructiondekonstruksiKesusasteraanTiadaTeori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu �dibaca� dan �diinterpretasikan�. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif.

Kembali ke atas