Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kumpul; sekumpul selonggok; berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat men­jadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), ber­kampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; mengumpulkan 1. menjadikan atau mem­buat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengam­pungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit­-dikit hingga menjadi (agak) banyak; terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah; kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecende­rungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mem­punyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikum­pulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhim­pun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya ber­kaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melan­carkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar; pengumpulan perihal atau perbuatan me­ngumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem.Kamus Dewan Edisi Keempat
tepatan1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
tepat1. betul (arahnya, tujuannya), lurus: memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala; 2. tidak menyimpang drpd sasarannya (tujuannya), kena benar: tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dgn ~; 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dll), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api mel dr Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak; ~ tengah hari; 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: ramalannya memang ~ sekali; 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dll), jitu: tindakan yg ~ hendaklah diambil terhadap mereka yg tidak mematuhi disiplin bekerja; 6. kena benar (jawaban, perkataan, dll), betul: saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; 7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah: jadikan penjurunya ~; tepatnya 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; bertepatan 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak ber-salahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan ke-betulan pula, berkebetulan; menepat 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll); menepati 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; menepatkan 1. menjadikan tepat, menya­ma­kan benar, mencocokkan; 2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dll) kpd, mengarahkan; 3. = mempertepat menjadi­kan betul, memperbaiki; tepatan 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll; ~ jiwa kekasih, buah hati; ~ pandang yg diper­hatikan; ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertang­gungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasi­fikasian; berketepatan berbetulan, kebetulan; pertepatan persamaan (waktu dll): terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dlm cerita ini; penepatan perihal atau perbuatan dsb mene­pat­kan (menepat, menepati); penepat sesuatu yg menjadikan tepat; sudut ~ dua sudut yg apabila dicampurkan merupa­kan sudut 90 darjah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas