Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Bahasa Malaysia ada tidak perkataan menyamaratakan. contoh: menyamaratakan taraf. Apakah perkataan yang boleh saya guna selain perkataan ini

Terdapat perkataan menyamaratakan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut membawa maksud menjadikan atau menganggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): Contoh ayat, Kamu menyamaratakan sahaja manusia lain dengan Wim.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, pada ruangan "Cari" tulis perkataan yang hendak dicari, seperti "padat", dan tuan akan memperoleh maksud daripada kamus dan istilah juga data daripada sumber yang lain.

Tatabahasa01.06.2017
Sila nyatakan dan jelaskan perbezaan antara "tindakan yang keterlaluan" dengan "tindakan yang berlebihan".Isunya di sini ialah persamaan atau perbezaan makna antara keterlaluan dengan berlebihan. Keterlaluan bermaksud keadaan terlalu atau keadaan yang melampaui batas dan berlebihan pula bermaksud terlalu atau sangat banyak. Lazimnya "berlebihan" digunakan dalam menceritakan benda yang boleh dilihat secara fizikal, seperti dalam ayat: Membaja pokok secara berlebihan tidak mendatangkan faedah dan Beras ada juga yang dieksport kerana berlebihan daripada keperluan tempatan. Oleh itu frasa yang tepat ialah "tindakan yang keterlaluan".Makna04.06.2011
Cikgu, apakah beza maksud antara kata "lebih" dengan kata terbitan "berlebihan"? Adakah dua kata ini sama makna, dan cara pemakaian dua kata dalam ayat juga sama? Jadi, ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang lebih. 2. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang berlebihan.Lebih bermaksud melampaui had yang sepatutnya atau bertambah daripada dahulu, manakala berlebihan bermaksud terlalu atau sangat banyak. Untuk melihat lebih jelas perbezaan makna antara kedua-dua perkataan ini, sila rujuk kamus dan lihat konteks penggunaannya. Dalam Tatabahasa Dewan tidak ada peraturan imbuhan yang lebih atau imbuhan yang berlebihan, malah dari aspek binaan kata terbitan tidak ada kata membasmikan. Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa22.02.2015
Adakah penggunaan frasa "sejak dari" sesuatu yang lewah? Maksudnya kita hanya perlu menggunakan sama ada "sejak" atau "dari" dan bukannya kedua-dua sekali.Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Tatabahasa16.11.2011
Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "ekonomis" (m/s 380) merujuk kepada Id (bahasa Indonesia) bp (bahasa percakapan). Persoalannya adakah perkataan ini boleh digunakan di dalam penulisan yang membawa maksud ekonomis iaitu tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan. Ayat contoh : Encik Ali telah mengamalkan konsep ekonomis di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Ekonomis tidak digunakan dalam bentuk rasmi. Oleh itu, jika merujuk amalan tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan seeloknya kita gunakan kata itu sendiri sama ada jimat atau hemat. Encik Ali telah mengamalkan konsep berjimat/berhemat di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Tatabahasa11.07.2008
Kenapa ayat di bawah salah: 1-Sejak dari kecil dia sering demam 2-Budak itu bukan nakal sangat 3- Bangunan lama itu masih kukuh hingga ke hari ini

Kedua-dua contoh ayat yang diberi mengandungi unsur lewah. Lewah bermaksud berlebihan atau tidak diperlukan kerana yang ada sudah melengkapkan ayat. Untuk tujuan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan Lembaga Peperiksaan.

Tatabahasa27.05.2011
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun

Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya  mengikut panduan  berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan.

2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

 

Lain-lain14.07.2010
Saya juga ingin bertanya sama ada istilah di bawah adalah betul atau tidak. "Relationship of effort-reward imbalance and overcommitment towards work engagement" = "Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan kelampauan komitmen terhadap penglibatan kerja"Terjemahan yang dicadangkan ialah Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan  komitmen berlebihan terhadap keterlibatan kerja.Penyemakan dan penterjemahan29.12.2015
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah.

Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.

Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.  Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Makna17.04.2014
Jika dulu perkataan 'keberkesanan' sering digunakan. Kini perkataan 'keberhasilan ' pula dipopularkan. Adakah perkataan seperti 'kebersebaban', 'kebersahihan', 'kebergunaan', 'keberlebihan' dan keberimpakan boleh digunakan ?

Kata terbitan kebersebaban dan kebergunaan ada digunakan dalam kamus dan istilah DBP, keberlebihan - tidak terdapat contoh penggunaannya dalam kamus tetapi kata terbitan ini boleh dibentuk kerana ada kata kerja berlebihan, walau bagaimanapun tidak terdapat contoh penggunaan kata kebersahihan dan keberimpakan dalam sumber rujukan kami.

Tatabahasa17.04.2010
123

Kembali ke atas