Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyamaratakanmenjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim;Kamus Dewan Edisi Keempat
belian1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;Kamus Dewan Edisi Keempat
sama rata1. ratanya serupa; 2. = sama rasa semuanya sama; menyamaratakan menjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim; kesamarataan sifat (keadaan dsb) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain): anda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dgn perempuan; penyamarataan proses menyamaratakan se-suatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
patut I1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, se­nonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memper­elok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menye­lidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gulaimasakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak gulai yg memakai santan yg banyak; ~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna; menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang; gulai-menggulai pekerjaan menggulai; menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. = mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan; penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
beli; = membeli; berjual ~ menjual dan membeli;berbeli (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;berbeli-belian 1. saling membeli; 2. ark berbelanja: ~ di pasar;membeli 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);membelikan 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah;terbeli 1. mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli; 2. tidak sengaja telah membeli sesuatu: ~ barang tiruan; 3. makan suap, menerima sogokan; belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;pembelian 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya;pembeli 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuah1 untung yg berlebihan; bahagia: ~ orang tidak sama dgn ~ kita. ~ badan untung nasib seseorang; menolak ~ melepaskan peluang baik.Kamus Pelajar
mencantas1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll); 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu (spt perbelanjaan) yg tidak perlu atau berlebihan: perbelanjaan yg tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yg dijangkakan pd tahun depan; 3. ki mengeluarkan atau meng­gugurkan sesuatu drpd senarai tertentu: namanya dicantas drpd senarai pemain bola sekolah;Kamus Dewan Edisi Keempat
ekonomis(ékonomis) Id, bp tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dgn membazir atau berlebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlebihanterlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas