Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nonsense syllable;suku kata tidak bermaknaPsikologiPsikologi UmumSuku kata dalam bentuk pertuturan atau penulisan tetapi tidak memberi sebarang makna. Contohnya, �bok� atau �tul�. Dalam psikologi pembelajaran atau ujian ingatan, banyak suku kata tidak bermakna digunakan untuk menentukan keberkesanan rangsangan. Suku kata ini diperkenalkan oleh Ebbinghause dalam kajian eksperimennya tentang ingatan atau memori.
absurdismabsurdismeKesenianDrama dan TeaterAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik disebabkan hilangnya keyakinan terhadap arah kehidupan. Aliran ini mula berkembang dalam teater di Barat pada awal tahun 1950-an yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Waiting for Godotkarya Samuel Beckett merupakan drama pertama di dunia yang menerapkan aliran ini.
theatre of the absurdteater absurdKesusasteraanTiadaTeater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd.
verbigerationverbigerasiPerubatanPsikiatriPengulangan perkataan atau frasa yang tidak bermakna.
absurdabsurdKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�.
inviscid flowaliran invisidKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran yang dianggap unggul, iaitu kelikatan bendalir dianggap sifar. Ini tidak bermakna nilai nombor Reynolds menghampiri ketakterhinggaan kerana aliran invisid terjadi dalam kes berikut: a. Halaju bendalir akan menjadi sifar pada permukaan pepejal yang menyempadani aliran itu. Maka kecerunan halaju yang tinggi akan terbentuk, yang menyebabkan komponen pemindahan momentum likat (pemindahan momentum disebabkan oleh pergerakan molekul) boleh diabaikan. b. Bagi aliran bernombor Reynolds yang tinggi, lapisan sempadan hanya menguasai pecahan kecil arus pengaliran. Di luar lapisan sempadan, aliran inersia adalah dominan, dan oleh itu komponen daya likat dianggap kecil. c. Pengaliran bendalir yang disempadani oleh pengaliran yang lain seperti pengaliran jet bebas, pengaliran melalui orifis, pengaliran melalui muncung, dan gelombang permukaan. Kes lain ialah perambatan gelombang akustik, kejutan, dan letupan.
social deathkematian sosialGerontologiTiadaPerihal anggapan individu bahawa orang yang pernah rapat atau disayanginya sudah mati atau tidak bermakna lagi, biasanya disebabkan oleh rasa kecewa.
absurdabsurdKesusasteraanTiada

Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Dinsman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud ‘sesuatu yang bertentangan’ atau ‘tidak harmoni’.

hypothesis testujian hipotesisMatematikTiadaProses membuat kesimpulan untuk menerima atau menolak sesuatu hipotesis statistik berdasarkan data sampel. Jika maklumat daripada sampel didapati tak konsisten dengan hipotesis, maka hipotesis itu diterima; ini tidak bermakna hipotesis itu memang benar, hanya bermaksud tiada bukti untuk menolak. Oleh itu, ahli statistik merumuskan satu hipotesis dengan tujuan mungkin menolaknya. Ujian yang dibuat terhadap hipotesis ini dikenali sebagai hipotesis nol. Sekiranya, hipotesis nol ditolak, satu hipotesis yang lain yang dikenali sebagai hipotesis alternatif diterima pula.
armisticearmistisSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata.
12345678

Kembali ke atas