Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Apa diharap padi rendang,
     Daun berombak ditiup bayu;
Apa diharap budinya orang,
     Tidak sama budinya ibu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corrugated cardboardkadbod berombakPentadbiran PerniagaanTiadaBahan daripada kertas tebal dan keras yang lapisan dalamnya tidak rata iaitu seakan-akan berombak-ombak.
linear patchtampalan pelapikKejuruteraanPetroleumTiub berombak yang dibuat daripada keluli tertekan digunakan untuk memperbaiki kebocoran selongsong yang terdapat pada telaga. Biasanya berbentuk bergelombang ataupun mempunyai permukaan yang tidak rata. Tiub ini dimasukkan ke dalam selongsong berkenaan hingga pada kedalaman tempat berlakunya kebocoran, kemudian disimenkan di tempat yang bocor dengan menggunakan gentian kaca dan damar epoksi.
pentastichpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila.
moire fabricfabrik barikKesenianTiada1. Fabrik yang diberi kemasan khusus untuk menghasilkan kesan berombak dengan cara menggunakan guling berukir yang dipanaskan bagi menghasilkan kesan air atau berbelang-belang.,2. Fabrik tebal tenun permatang yang mempunyai kesan air yang terhasil daripada gabungan benang lungsin sutera, rayon atau asetat dengan benang pakan isian daripada yarn kasar gentian kapas atau gentian buatan manusia. Coraknya dibuat dengan menggunakan guling panas untuk meratakan yarn pakan isian bagi mendapatkan corak sinaran cahaya. Biasanya corak ini tidak kekal pada fabrik-fabrik lain kecuali fabrik asetat. Fabrik jenis ini digunakan untuk membuat gaun malam, skirt, kot dan fabrik hiasan rumah.
air locksendat udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang kedap udara yang menyediakan laluan antara dua tempat kerja yang berbeza tekanan. Tekanan persekitaran luar bertekanan atmosfera manakala tekanan lebih tinggi di bahagian dalam ruang kerja. Ruang ini biasanya terdapat di dalam ruang kerja terowong bawah tanah, kapal selam dan bahagian kuarantin hospital. 2. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di dalam aliran cecair dalam sistem perpaipan. Gelembung udara ini boleh menyebabkan aliran cecair tersekat. Aliran masih tersekat selagi udara yang terperangkap tidak dibebaskan. Keadaan ini boleh juga berlaku dalam sistem brek kereta. 3. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di permukaan bahagian acuan dengan plastik suntikan dalam proses suntikan plastik teracu. Kesan sendat udara ini menghasilkan permukaan yang berombak dan kualiti produk yang tidak mencapai standard.

Kembali ke atas