Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political persecutionpenzaliman politikKriminologiKeadilan JenayahLayanan secara tidak berperikemanusiaan atau tidak adil terhadap seseorang individu atau kumpulan kerana pegangan politik mereka. Contohnya, merekacipta kesalahan jenayah terhadap musuh politik untuk tujuan pendakwaan di mahkamah.
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangTiadaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.
civil libertieskebebasan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan.
cruel treatmentperlakuan kejamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLayanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan.
inhuman treatmentperlakuan tak berperikemanusiaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLayanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain.
torturependeraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan.

Kembali ke atas